16 Mei 2010

Kata Tugas (3)

Assalamu'alaikum dan selamat pagi,

G: Pelajar semua, kita sambung lagi topik yang panjang ni. Kata tugas seterusnya ialah TERANGKAN. Kamu perlu menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan/fakta/prinsip. Contoh soalan: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen.

Maka, jawablah: Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor. Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum. Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum. Cikgu rasa part ni tiada masalah. Apa yang penting penerangan kamu tu ada istilah yang betul dan tepat untuk menjelaskan sesuatu perkara. Kata tugas yang selanjutnya APAKAH YANG DIMAKSUDKAN (TAKRIF). Kalau soalan macam ni, kamu kena memberi makna yang tepat. Caranya, hafal ja...Takkanlah tak boleh. Kalau hafal cerita naruto,boleh pula..Contoh soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon? Maka, jawapannya ialah: sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. Salah jawapan kamu jika kamu jawab begini: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. Salahnya sebab takda perkataan sahaja ja. See, hati-hati dengan soalan TAKRIF ya. Lagi...BERIKAN UJIAN KIMIA. Kamu hendaklah memberi kaedah ujian dan pemerhatian. Contoh soalan: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+. Jawapan kamu sepatutnya: Campurkan larutan natrium hidroksida (kaedah ujian). Mendakan perang terbentuk (pemerhatian). Oklah ya, nanti sambung lagi..Sampaikan kepada mereka yang tak sempat baca blog ni..

15 Mei 2010

Kata Tugas(2)

G: Kita sambung lagi..kata tugas seterusnya. NYATAKAN PEMERHATIAN. Bila kamu tengok perkataan ini, kamu perlu tulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal. Contoh soalan: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.

Maka, jawapan kamu yang bestnya, pembuakan/ gelembung gas. Bukannya, gas hidrogen terbebas. Pasal kamu tak nampak pun gas tu terbebas..Sama juga, kamu perlu menulis perubahan warna asal dan akhir. Contoh soalan: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat. Maka, jawablah..warna biru larutan menjadi tidak berwarna/ semakin pudar. Bukan dijawab, larutan menjadi tidak berwarna..Faham?

P: Apa bezanya cikgu?

G: Cuba tengok betul-betul ya. Warna biru (warna asal) larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar (warna akhir). Berbeza apabila dikatakan, larutan menjadi tidak berwarna (terus kepada warna akhir). Perlu saya tegaskan di sini, setiap tahun, ada sahaja perubahan dari segi teknik menjawab kimia. So, kalau ada perubahan saya akan maklumkan kepada kamu nanti ya..InsyaAllah..jom ready solat maghrib..Tak perlu panjang sangat..Yang penting, tengok soalan, dan jawab. Ada soalan, tanyalah..Kimia itu mudah dapat A+.

Kata Tugas

G: Ok, biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.

P: Apa contohnya cikgu?

G: Namakan. Apabila diminta nama jangan bagi formula. Siapa nama kamu? Takkan mau bagi 'SK'. Kena bagi tahu Siti Khadijah. Contoh soalan, namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa? Jawapannya ialah Stanum bukan Sn. Faham? Seterusnya..nyatakan. Kalau ada kata tugas macam ni, tulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Tak perlu terang panjang-panjang ya. Contoh soalan, nyatakan satu sifat acid? Jawab ja menukarkan kertas litmus biru kepada merah..Tak perlulah action sangat nak bagi panjang-panjang. Contoh jawapan yang membuang masa-selain menukarkan kertas litmus biru kepada merah, acid juga boleh digunakan sebagai pelindung diri. Kalau ada suami yang curang, bolehlah simbahkan acid ke mukanya. Jadi taklah dia mengorat lagi. Lagipun, acid ni, bagus tau. bla.,bla..

P: Lagi cikgu!

G: Tak lama lagi gotong-royong, kita akan sambung lagi nanti ya. InsyaAllah..cukuplah dua kata tugas ni dulu. Cari soalan bermula dengan NAMAKAN dan NYATAKAN. Biasakan diri jawab soalan macam ni. TQ class..bye..

14 Mei 2010

Teknik Menjawab Kimia

PANDUAN MENJAWAB

2.1 Kertas 1 (Objektif)
2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
 
2.2 Kertas 2 (Struktur)
2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab
2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
2.2.3 Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.

2.3 Kertas 2 (Esei)
2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti
2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.

2.4 Kertas 3
2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
2.4.4 Buat latihan melukis graf.
2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
Contoh:
(i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen
(ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
(iii) Bahan dan radas
(iv) Prosedur
(v) Penjadualan data

02 Mei 2010

4 Exercises To Sharpen Your Brain

Imagine your brain as a muscle: It gets stronger with the troops. everyday tasks such as walking your mental, but what about a real workout? Try simple exercises to improve your brain power and clean the fog of forgetfulness.

1. Use non-dominant hand

Kepulan Asap Membunuh

31 Mei 2009 ialah Hari Tanpa Tembakau Sedunai. Utusan Malaysia melaporkan: BERMULA dengan ingin mencuba merokok seperti yang dilihat dalam filem atau di kalangan golongan dewasa, seorang remaja mungkin kekal sebagai perokok tegar seumur hidupnya. Jika seseorang mula dengan menghisap banyak rokok secara mendadak, ia sebenarnya mampu menjadikannya khayal atau membunuh jika tahap nikotina dan kimia tembakau terlalu tinggi di dalam badan.

KIMIA PUSAT SEGALA SAINS

Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM
Jabatan Kimia, Universiti Malaya

Dalam tamadun manusia sekarang – pergi ke sekolah adalah penting kerana di sana tempat melatih dan membina sahsiah seseorang insan untuk menjadi manusia terpelajar atau sekurang-kurangnya berpelajaran.

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...