22 Mei 2012

KAEDAH DAN CIRI

Penurasan

Ciri air yang ditulenkan
- Bebas daripada bahan-bahan terampai
- Mikroorganisma dan bahan-bahan terlarut masih hadir

Pendidihan

Ciri air yang ditulenkan
- Bebas daripada mikroorganisma
- Bahan-bahan terampai dan bahan terlarut masih hadir

Penyulingan

Ciri air yang ditulenkan
- Bebas daripada bahan-bahan terampai, mikroorganisma, dan bahan-bahan terlarut

Pengklorinan

Ciri air yang ditulenkan
- Bebas daripada mikroorganisma
- Bahan terampai dan bahan terlarut masih hadir

Bekalan air

21 Mei 2012

5.6 KAEDAH PENULENAN AIR

1. Air boleh ditulenkan sama ada melalui penurasan, pendidihan, penyulingan atau pengklorinan. Rujuk gambarajah di atas ya.

APLIKASI PENEUTRALAN SEHARIAN

1. Ubat gigi yang mengandungi magnesium hidroksida meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam gigi.
2. Antasid seperti susu magnesia diambil untuk melegakan sakit gastrik yang disebabkan oleh asid hidroklorik berlebihan yang dihasilkan dalam perut.
3. Sengatan lebah adalah berasid yang mengakibatkan bengkak, boleh dirawat dengan alkali lemah seperti losen kalamin atau serbuk bikarbonat.
4. Mencampurkan kalsium hidroksida kepada tanah akan mengurangkan keasidan tanah itu.
5. Syampu rambut biasanya sedikit beralkali. Penggunaan perapi rambut yang berasid membuatkan rambut bersih dan lembut.

Sabar

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang memper-sekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan". (TQS. Ali ‘Imrân [3]: 186)

" Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu." (TQS. Muhammad [47]: 31)

" Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji`ûn”. Mereka itulah yang mendapat keber-katan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. "( TQS. al-Baqarah [2]: 155-157)

PENEUTRALAN

1. Peneutralan ialah suatu tindak balas kimia di mana suatu asid bertindak balas dengan suatu alkali untuk membentuk garam dan air.
2. Jenis garam yang terbentuk bergantung kepada jenis asid dan alkali yang digunakan.

Contoh:
Asid hidroklorik + natrium hidroksida --> natrium klorida + air
Asid sulfurik + magnesium hidroksida --> magnesium sulfat + air

3. Pentitratan ialah suatu kaedah yang digunakan untuk peneutralan.

SIFAT ASID DAN ALKALI

5.5 Asid dan Alkali
Sifat-sifat asid
ü Asid mempunyai rasa masam.
ü Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah.
ü Asid mempunyai nilai pH kurang daripada 7.
ü Asid adalah mengakis.
ü Asid bertindak balas dengan logam untuk membebaskan gas hidrogen.
Contoh: Asid hidroklorik + zink --> zink klorida + hidrogen

Sifat-sifat alkali
ü Alkali mempunyai rasa pahit.
ü Alkali adalah licin seperti sabun.
ü Alkali mengubah kertas litmus merah menjadi biru.
ü Alkali mempunyai nilai pH lebih daripada 7.
ü Alkali adalah mengakis.
ü Alkali bertindak balas dengan garam ammonia untuk membebaskan gas ammonia. Contoh: Natrium hidroksida + ammonium klorida --> ammonia + natrium klorida + air.

19 Mei 2012

Sedikit penjelasan

Jika kita dilontarkan persoalan,"kenapa tuntut ilmu?", agak-agak apa jawapan kita? Nak kaya, terpaksa, boring di rumah...Mungkin itu antara jawapan dan memang itulah jawapan yang biasa saya djengar. Menuntut ilmu satu keperluan untuk manusia. Naluri untuk menuntut ilmu memang ada pada diri setiap insan. Tetapi naluri tersebut tidaklah memaksa seseorang itu untuk menuntut ilmu. Seseorang itu terdorong dan cenderung menuntut ilmu disebabkan oleh kefahaman yang ada tentang perkara tersebut. Seperti jawapan di atas tadi, mungkin selama ini kita melihat realiti bahawa orang yang ada ilmu akan hidup senang, kaya dan disukai ramai, maka kita pun terdorong untuk menuntut ilmu. Sebenarnya, kefahaman tesebut agak keliru. Setelah kita kaya, adakah kita akan berhenti menuntut ilmu? Ringkas cerita, sebagai seorang muslim, setiap perbuatan adalah semata-mata atas dasar melaksanakan perintah atau meninggalkan larangan Allah untuk mencapai redha Alah. Tak kiralah, kita gagal, miskin, kaya, tak pandai-pandai setelah berusaha bersungguh-sungguh, kita tetap akan menuntut ilmu. Sekarang, saya serahkan kepada pembaca untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ingat, cara berfikir dan cara bertindak, semuanya kerana ingin menggapai redha Allah...

13 Mei 2012

Selain itu...

Assalamu'alaikum.

Pembaca sekalian, setiap tahun, pelbagai strategi yang pelajar siapkan untuk menghadapi peperiksaan. Terlebih lagi, bagi pelajar yang menghadapi spm dan pmr. Selain tips yang berkaitan subjek, tak dapat dinafikan perkara yang sangat membantu kejayaan seorang pelajar adalah sahsiah. Sahsiah/keperibadian seorang pelajar bukanlah ditentukan oleh keputusan peperiksaan mereka sehingga kita tidak boleh mengatakan pelajar yang dapat semua A mempunyai sahsiah yang baik. Tak boleh dikatakan begitu. Persoalannya, apa itu sahsiah? InsyaAllah kita akan sambung pada masa akan datang.


Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...