10 September 2012

Pakar tumbuh-tumbuhan dan pertanian

Sebelum, ni saya dah pun membincangkan tentang sistem sokongan tumbuh-tumbuhan. Saya suka nak kongsi dàlam blog ini berkenaan dengan seorang tokoh yang pakar berkenaan tumbuh-tumbuhan dan ilmu pertanian. Selama hidupnya, dia mengabdikan diri untuk mengkaji tumbuh-tumbuhan dan telah menghasilkan karya yang berhubung dengan ilmu botani. Ilmuwan yang nama lengkapnya Abu al-Khayr al-Isybili asy-Syajjar ini berasal dari Seville, Sepanyol. Karyanya amat terkenal di Arab dan Eropah.

Abu Khayr dikenali sebagai seorang pakar tumbuh-tumbuhan dan banyak mengkaji masalah yang berkaitan dengan dunia pertanian. Oleh itu, dia banyak menulis buku yang membahaskan masalah pertanian. Dia juga mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan berdasarkan habitat dan proses pembiakannya sehingga dapat diketahui mekanisme pertumbuhan tanaman tersebut. Sewaktu itu juga, dia turut mengkaji beberapa jenis tumbuhan yang dapat ditanam dengan kaedah pembenihan melalui benih (biji), pemotongan tangkai dan sebilangan tanaman yang tumbuh secara 'semulajadi' atau melalui pembelahan sel sendiri seperti rumput liar. Sengaja saya taip 'semulajadi' begini. Kerana, saya secara peribadi ada masalah sedikit dengan kata tersebut. Seolah-olah, tumbuhan tersebut pandai buat diri sendiri. Lebih tepat rasanya kalau guna perkataan dijadikan. Alam semulajadi tukar kepada alam dijadikan. Baru kita nampak, setiap kejadian ada penciptanya dan mula bertanya adakah pencipta itu wujud. Bermula dari sini, kita akan terus mengkaji dan mencari. Boleh fahamkah ni?

Takpa. Kita sambung lagi tentang Abu Khayr ya. Salah satu karyanya berjudul al-Filaha masih tersimpan di perpustakaan Bibliotheque di Paris, Perancis. Buku ini juga dapat ditemui di beberapa tempat misalnya di Perpustakaan Masjid Zaytun di Tunisia dan di beberapa perpustakaan swasta di Afrika Utara. Kandungan paling penting dari buku tersebut terbahagi kepada empat bahagian.

Pertama, pengetahuan umum tentang dunia tumbuhan. Misalnya bila suatu tumbuhan dapat tumbuh dengan baik, pengaruh bulan, waktu yang diperlukan oleh tanaman untuk tumbuh dan kemudian menghasilkan buah, usia pepohonan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh faktor cuaca, api, air dan haiwan serta ciri khusus pohon zaitun, pain, palma dan kurma.

Kedua, cara penanaman yang sesuai dan tepat dari pepohonan rerumput, padi-padian, biji-bijian dan benih tertentu; lapisan; pemangkasan; cantuman tunas; pengawetan atau memproses buah dan sayur-sayuran; pertumbuhan sayur-sayuran; tumbuh-tumbuhan yang beraroma; mengenai berbagai jenis bunga; mengenai rami dan kapas; betik dan gula tebu.

Sampai sini dulu ya. Nanti sambung lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.9

07 September 2012

Sistem sokongan pada tumbuhan

Tumbuhan boleh dikelaskan sebagai tumbuhan berkayu dan tumbuhan tak berkayu. Cuba lihat pokok-pokok yang ada di sekeliling kita. Tumbuhan berkayu terdiri daripada tisu-tisu kayu keras. Tisu-tisu kayu itu adalah mampat dan disusun dalam bentuk cincin. Tisu-tisu kayu cincin itu menyokong tumbuhan supaya ia dapat berdiri kukuh. Tumbuhan tak berkayu bergantung kepada air yang tersimpan dalam sel-sel batang untuk sokongan. Contohnya pokok keembung, pokok bunga matahari dan pokok pisang. Pokok pisang tumbuhan tak berkayu ya. Ingat tu. Tumbuhan tak berkayu juga dikenal sebagai tumbuhan herba. Apabila terdapat kekurangan air dalam tumbuhan tak berkayu, ia akan layu.

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...