04 Ogos 2015

KISAH SPERMA EPISOD 2

Aku sebenarnya tidak berseorangan. Aku mempunyai berjuta saudara dan bentuk kami lebih kurang sama semuanya. Semasa persetubuhan, kira-kira 300 hingga 500 juta aku dan saudara-saudaraku dipancutkan ke dalam sebuah tempat yang dipanggil faraj.  Namun, tidak semua kami beruntung. Hanya beberapa ratus sahaja antara kami yang akan meneruskan perjalanan hingga sampai ke tiub Fallopio. Tiub Fallopio ialah salur berbentuk corong yang mempunyai silia dan dinding berotot yang mengecut untuk menghasilkan pergerakan berupa gelombang. Di sinilah (tiub Fallopio), tempat berlakunya persenyawaan antara aku dan ovum. Itupun jika aku yang bernasib baik. Kebanyakan antara kami dimusnahkan oleh bendalir berasid yang dirembeskan oleh faraj. Alangkah terkejutnya aku bila mengetahui di dalam tiub Fallopio, hanya satu antara kami yang akan berjaya bersatu dengan ovum. Syukurlah, kali ini aku beruntung kerana terpilih bersatu dengan ovum. Selamat tinggal saudara-saudaraku. Aku terpaksa meninggalkan kamu semua. Bukan keinginanku. Maafkan ku jika aku bersalah.

Apabila kepala ku menembusi ovum, ekorku akan gugur dan ditinggalkan di luar ovum. Pada masa yang sama, membran terbentuk di sekeliling ovum untuk menghalang saudara-saudara ku yang lain daripada memasukinya. Persenyawaan pun berlaku apabila nukleus ku berpadu dengan nukleus ovum. Perpaduan kami berdua akhirnya menjadikan ku lebih dewasa.

Kini, aku bergelar zigot. Aku membahagi beberapa kali untuk membentuk sebiji bebola sel yang dipanggil embrio selepas 6 hari pembahagian sel yang berulangan. Aku mula digelar embrio. Aku terus bergerak di sepanjang tiub Fallopio ke arah uterus disebabkan oleh daya tolakan silia yang terdapat di dalam tiub Fallopio. Perjalananku mengambil masa kira-kira 7 hari untuk sampai ke uterus. Mudah-mudahan aku (embrio) selamat sampai...


Bersambung...  

03 Ogos 2015

KISAH SPERMA EPISOD 1

Namaku sperma. Aku yang diciptakan Allah merupakan gamet lelaki yang dihasilkan oleh testis. Aku sel yang terkecil di dalam badan lelaki. Di bawah mikroskop, aku kelihatan seperti berudu. Aku terdiri daripada daripada kepala, bahagian tengah dan ekor. Aku boleh bergerak bebas. Aku akan menggunakan ekor untuk bergerak ke hadapan. Bahagian kepalaku berfungsi untuk membekalkan makanan kepadaku dan mengandungi bahan genetik dalam nukleus kepalaku. Bahagian tengahku memberikan tenaga bagi membolehkan aku bergerak. Ekorku membolehkan ku bergerak atau berenang. Ikuti kisahku selanjutnya pada episod akan datang...

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...