22 Mei 2016

KELAS KIMIA MAYA (Daripada channel telegram saya telegram.me/azlanbudun)

[Kelas Kimia Maya] Kali ini saya akan berkongsi beberapa tips berguna sebagai panduan menjawab soalan peperiksaan. Harap membantu para pelajar.

Tingkatan 4

Struktur atom

📌 Soalan
Nyatakan definisi zarah-zarah yang terdapat dalam jirim.

💡Tips
Soalan definisi mesti dijawab mengikut takrifan penuh yang dinyatakan dalam kandungan sukatan pelajaran KPM.

📝 Jawapan
Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.

Molekul ialah suatu zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang berpadu secara kimia.

Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif.

📚 Tugasan
Cari soalan-soalan berbentuk definisi dan jawab. Guna glosari yang terdapat di bahagian belakang buku teks anda. Selamat mencuba!

------------------------------------------

Tingkatan 4

Formula dan Persamaan Kimia

📖 Konsep mol
Apabila pelajar melihat definisi mol, pelajar biasanya tidak akan faham dengan baik. Cuba lihat glosari.

Mol ialah suatu unit asas S.I. bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan ataom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 10²³ zarah. Faham?

📌Soalan
Kirakan bilangan mol dalam 4.02 x 10²³ atom natrium.

💡Tips
Pelajar kena faham konsep mol dengan baik. Bukan semata-mata menghafal definisi. Mari kita buat analogi. Penternak ayam mengira bilangan telur dalam dozen. Ahli kimia mengira bilangan bahan dalam mol. Prinsipnya sama. Dozen dan mol melibatkan bilangan yang banyak.

1 dozen telur = 12 telur
1 mol = 6.02 x 10²³ zarah

Kita tukar soalan tadi jadi seperti berikut:
Kirakan berapa dozen jika ada 36 telur.
1 dozen = 12 telur
x dozen = 36 telur
x = 36 ÷ 12
= 3#

Baik. Cuba guna prinsip yang sama. Cuma kali ni guna mol.
1 mol = 6.02 x 10²³
x mol = 4.02 x 10²³
x = 4.02 x 10²³ ÷ 6.02 x 10²³
= 0.67 mol#

📚 Tugasan
Cari soalan-soalan berkaitan mol dan jawab. Ingat! Mol hanyalah bilangan yang sangat besar. Jangan takut dengan mol. Selamat mencuba!

----------------------------------------------

💡Tips kuasai mol

Konsep mol perlu dikuasai dengan baik. Tak mudah dan tak mustahil. Pelajar hanya perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol.

📌 Antara tajuk yang melibatkan konsep mol:
📖 Formula dan persamaan kimia
📖 Asid, bes dan garam
📖 Termokimia
📖 Kadar tindak balas

📚 Tugasan
Sekarang, cari 4 tajuk di atas dan buat latihan berkaitan pengiraan yang ada kaitan dengan mol. Selamat mencuba!

--------------------------------------------

📌Soalan
Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.

💡Tips
Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.

📝Jawapan
Pembuakan/gelembung gas.

❌Bukan: Gas hidrogen terbebas.

📌Soalan
Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.

💡Tips
Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.

 📝Jawapan
Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar

❌Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.

📚 Tugasan
Cari soalan yang ada kata tugas nyatakan pemerhatian dan jawab. No pain no gain. Selamat mencuba!

------------------------------------------------

🎯Struktur Atom

Soalan berkaitan kegunaan isotop dalam pelbagai bidang...

💡Tips
Anda mesti menghafal setiap bidang 2 contoh isotop dan kegunaannya.

Soalan ini lazim dalam struktur dan esei.

🎯Formula dan persamaan kimia

Sebatian ion terbentuk daripada kation (ion positif) dan anion (ion negatif).

Ion positif = CATion... org suka kucing.

Ion negatif = Anion hampir sama bunyinya dgn Onion...ramai tak suka bawang.

💡Tips
Kesemua ion mesti dihafal. Jika tak, anda tidak akan dapat menulis formula sebatian, persamaan setengah, persamaan ion, persamaan kimia dan persamaan termokimia. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat menyelesaikan soalan berbentuk pengiraan. Apa macam? Berani tak hafal?

📚Tugasan
Belajar belajar belajar.

------------------------------------------------------

📚 Tugasan
Saya ada menyatakan sebelum ini kesemua ion mesti dihafal. Berikut saya lampirkan jadual formula kation dan anion yang lazim digunakan. Muat turun, cetak, jawab, tampal dan hafal Mudahkan? Selamat mencuba!


Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...