28 Disember 2017

Tips Habiskan Silibus Kimia

Ada tips kah?

Bergantung keutamaan anda.

Ada yang mahu pelajar lulus peperiksaan dan dapat result yang baik. Jadi, caranya buat latih tubi saja. Eksperimen? Tiada😩

Ada yang mahu pelajar menghayati kimia dalam hidup. Maka, dibuatlah segala eksperimen dan aktiviti yang ada. Sekali exam, banyak pula yang gagal😩

Ada yang buat latih tubi dan eksperimen, akhir tahun silibus tak habis😩

Paling sedih, segala nota, latih tubi dan eksperimen cuba dibuat, malangnya silibus tak habis, pelajar tak juga faham. Malah gagal pula tu😩

Jadi, apa tipsnya?😁

Kira-Kira Dalam Pdpc

Assalamu'alaikum para pengunjung blog cikgu-lan.

Apa khabar?

Sudahkah anda membuat analisis berapa minggu, hari, jam anda akan mengajar sepanjang 2018?

Disini saya akan bagi sedikit contoh pengiraan yang cikgu-cikgu boleh buat sendiri nanti.

*Analisis bilangan hari pdpc sebelum peperiksaan akhir tahun. Katakan 1/10 ialah tarikh peperiksaan. Setelah dihitung dan ditolak dengan segala program, ujian, peperiksaan dan cuti, maka hasilnya:

Isnin     27 hari

Selasa  28 hari

Rabu     29 hari

Khamis 27 hari

Jumaat 25 hari

Jumlah 136 hari

*Contoh subjek kimia kena hari Isnin dan Khamis, jumlah hari pdpc ialah 54 hari.

Jadi, cikgu kena habiskan silibus dlm tempoh 54 hari. 54 hari x 3 = 162 jam. 162 jam/ 24 = 6.75 hari. Sebenarnya,  bilangan hari pdpc utk subjek kimia tahun 2018 adalah selama 6.75 hari saja. Belum termasuk CRK, guru pengiring, kursus dll.

Dalam tempoh tersebut, cikgu kena mengajar teori dan amali. Amali ada berapa cikgu kena buat? Cukupkah 1 jam 30 minit? Adakah bacaan eksperimen diulang 3 kali? Atau adakah eksperimen yang sudah siap laporannya dan semua murid ikut saja laporan tersebut?

Maka, bersiap sedia lah sebelum masuk persekolahan 2018.

Jadi, apa yang penting nak ajar dulu ya?😁

02 Disember 2017

Persiapan 2018

Assalamu'alaikum para pengunjung blog cikgu-lan.

Cikgu-cikgu dah ready untuk 2018? RPT, RPH, bahan bantu mengajar, koleksi soalan antara bahan asas seorang cikgu.

10 tahun yang lalu, ketika mencari bahan bantu mengajar memang payah dan boleh katakan amat sedikit di alam maya. Nah, sekarang melambak. Tinggal pilih dan apply di sekolah ikut kesesuaian masing-masing. Alhamdulillah.

Cuma, nasihat saya untuk semua guru, selain menerima, belajarlah untuk memberi. What you give, you get back. 1 tahun mengajar barangkali masih meraba-raba mencari sinar cahaya😁...Tapi kalau dah 5 tahun sepatutnya ada sesuatu yg boleh dishare di luar sana.

Ok, kalau nak bahan utk 2018, masuk channel telegram saya. Ada bahan sy sendiri, ada yg sy share cikgu2 lain punya bhn tanpa hilangkan nama cikgu tu. Biar org tau, tu cikgu tu punya bahan. Org sharr, kita ambil manfaatnya. Nanti, kita pula yg share. Baru lah sharing is caring. Bukan sharing sampai kering...😂

03 Julai 2017

Salam Aidilfitri

Assalamu'alaikum wa rahmatullah.

Dari saya cikgu lan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Moga segala amal diterima Allah.

Harap semua cikgu, ibu bapa atau murid yang request nota dan bahan-bahan yang ada dlm blog telah saya accept. Kalau belum, request lagi sebab mungkin terlepas pandang...

22 Mei 2017

SJK (8)

Berikan contoh untuk menunjukkan bagaimana prinsip kadar tindak balas mempengaruhi kehidupan harian kita.

Jawapan:

. Apabila kita menyimpan makanan dalam peti sejuk, kita sebenarnya menurunkan suhu makanan seberapa rendah yang mungkin. Dalam keadaan ini, pereputan makanan menjadi perlahan kerana suhu yang rendah dan makanan kekal segar untuk jangka yang panjang.

. Apabila kita masak makanan dalam periuk tekanan, makanan menjadi masak dengan cepat disebabkan oleh tekanan yang tinggi. Hal ini kerana, tekanan tinggi mempercepat kadar tindak balas.

. Mangkin digunakan dalam pembuatan ammonia (besi), asid nitrik (platinum) dan asid sulfurik (vanadium(V) oksida) dalam industri untuk mempercepat tindak balas kimia.

18 Mei 2017

SJK (7)

Bincangkan sifat sifat mangkin.

Jawapan:

- Mangkin tidak dapat mengubah kuantiti hasil tindak balas yang dibentuk dalam suatu tindak balas. Mangkin hanya mempercepat kadar tindak balas.
- Mangkin boleh mengubah kadar tindak balas tanpa sendiri mengalami perubahan kimia secara kekal.
 - Tindak balas yang berbeza memerlukan mangkin yang berbeza. Setiap mangkin adalah khusus terhadap tindak balas tertentu.
 - Kuantiti mangkin adalah sama sebelum dan selepas tindak balas. Mangkin tidak akan habis digunakan dalam suatu tindak balas.
 - Hanya kuantiti mangkin yang kecil diperlukan untuk memangkinkan suatu tindak balas.
 - Mangkin menjadi kurang berkesan apabila terdapat bendasing.

SJK (6)

Apakah mangkin?

Jawapan:

Suatu bahan yang mengubah kadar tindak balas tanpa mengalami perubahan kimia secara kekal sendiri dan boleh disingkirkan dari campuran tindak balas.

Mangkin tidak mempengaruhi kuantiti atau jenis hasil tindak balas yang dibentuk. 

Sebagai contoh, penguraian hidrogen peroksida, H2O2 untuk membentuk air dan gas oksigen lebih cepat dalam kehadiran mangan(IV) oksida, MnO2, sebagai mangkin.

SJK (5)

Bagaimanakah tekanan mempengaruhi kadar tindak balas?

Jawapan:

Perubahan tekanan hanya mempengaruhi tindak balas yang melibatkan gas.

Dalam keadaan ini, gas pada tekanan yang lebih tinggi akan menghasilkan tindak balas yang lebih tinggi.

Hal ini kerana zarah-zarah yang bertindak balas dimampat dalam isi padu yang lebih kecil menyebabkan perlanggaran yang lebih kerap dan berkesan antara bahan tindak balas.

Kadar tindak balas menjadi lebih tinggi.

SJK (4)

Bagaimanakah suhu mempengaruhi kadar tindak balas?

Jawapan:

Pada suhu yang tinggi, zarah-zarah bahan tindak balas mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi, menyebabkan pergerakan zarahzarah pada kelajuan yang lebih tinggi, seterusnya menghasilkan perlanggaran berkesan yang lebih kerap.

Maka suhu berkadar secara langsung dengan kadar tindak balas. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.

Sebagai contoh, kalsium karbonat, CaCO3 bertindak balas lebih cepat dengan asid sulfurik air jika campuran tindak balas dipanaskan. Sulfur, S termendak dengan lebih cepat jika haba dibekalkan semasa tindak balas antara larutan natrium tiosulfatWI), Na2S2O3 dengan asid sulfurik. H2SO4.

SJK (3)

Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?

Jawapan: Kadar tindak balas berhubung kait secara langsung dengan kepekatan bahan tindak balas.

Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin cepat kadar tindak balas.

Sebagai contoh, sulfur, S termendak dengan cepat apabila larutan natrium tiosulfat(V1), Na2S2O3, yang lebih pekat bertindak balas dengan asid sulfurik, H2SO4.

Semakin besar bilangan molekul, semakin besar bilangan perlanggaran seunit masa, maka semakin cepat tindak balas.

Apabila bahan tindak balas habis digunakan, kepekatannya menurun dan kadar tindak balas menurun. Ini juga menerangkan pemerhatian yang umum bahawa kadar tindak balas berkurang dengan masa dan akhirnya mendatar menjadi sifar apabila bahan tindak balas yang terhad digunakan dengan sepenuhnya.

SJK (2)

1. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas?
Jawapan: Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:
- Saiz atau luas permukaan pepejal bahan tindak balas .
- Kepekatan bahan tindak balas .
- Suhu tindak balas .
- Tekanan
- Mangkin

2. Terangkan bagaimana saiz bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas.

Jawapan:

Saiz zarah bahan tindak balas berkadar songsang dengan kadar tindak balas. Semakin kecil saiz zarah, semakin cepat kadar tindak balas kerana luas permukaan yang lebih besar hadir. Hal ini menyebabkan perlanggaran berkesan antara zarah-zarah yang lebih kerap.

Sebagai contoh, kalsium karbonat, CaCO3 dalam bentuk serbuk bertindak balas dengan lebih cepat dengan asid hidroklorik, HCl. Jumlah luas permukaan CaCO3 dalam bentuk serbuk lebih besar dan lebih besar luas permukaan yang terdedah untuk perlanggaran berlaku antara zarah zarah bahan tindak balas.

Soal Jawab Kimia (SJK 1)

Kadar Tindak Balas

1. Berikan definisi kadar tindak balas. Jawapan: Kadar tindak balas didefinisikan sebagai kuantiti positif yang menerangkan bagaimana kepekatan suatu bahan atau hasil tindak balas berubah dengan masa.

2. Apakah tindak balas cepat?
Jawapan: Suatu tindak balas cepat ialah tindak balas di mana bahan-bahan tindak balas bertindak balas antara satu sama lain dengan pantas untuk membentuk suatu hasil tindak balas.

3. Berikan beberapa contoh tindak balas cepat.
Jawapan:
- Pembakaran bahan api untuk menghasilkan karbon dioksida dan wap air.
- Pemendakan sebatian ion.
- Tindak balas antara logam reaktif dengan air.

4. Apakah tindak balas perlahan? Jawapan: Suatu tindak balas di mana kadar tindak balas adalah lebih perlahan dan masa yang diambil untuk tindak balas selesai adalah lebih lama.

5. Berikan beberapa contoh tindak balas perlahan.
Jawapan:
- Fotosintesis karbon dioksida bertindak balas dengan air dalam kehadiran klorofil dan cahaya matahari untuk membentuk glukosa dan gas oksigen.
- Kekaratan besi berlaku dengan perlahan dalam kehadiran oksigen dan air.
- Penapaian yis ditambah kepada larutan glukosa pada suhu bilik untuk menghasilkan etanol dan karbon dioksida.

6. Nyatakan perubahan yang dapat diperhatikan pada bahan atau hasil tindak balas untuk menentukan kadar tindak balas.
Jawapan:
- Penambahan isi padu gas yang dibebaskan.
- Penambahan mendakan yang terbentuk.
- Perubahan warna, pH, suhu atau kekonduksian elektrik. Pengurangan jisim bahan tindak balas.
- Penambahan jisim hasil tindak balas.
- Penambahan atau pengurangan jisim campuran tindak balas.

16 Mei 2017

Selamat Hari Guru

Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Alhamdulillah.

Kita masih diberi kesempatan bertemu sekali lagi dengan hari yang sangat bermakna buat kita sebagai pendidik iaitu HARI GURU.

Tahniah buat semua yang bergelar GURU. Jadilah GURU yang HEBAT dalam bidang masing-masing.

Moga semua GURU beroleh pahala yang berpanjangan untuk bekal di AKHIRAT kelak.

SELAMAT HARI GURU!

20 April 2017

Penerokaan Angkasa Lepas

Siapa angkasawan Malaysia yang pertama?

= Dr Sheikh Muszaphar

Bilakah angkasawan Malaysia memasuki ruang angkasa?

= 10 Oktober 2007

Berapakah laju sebuah kapal angkasa bergerak?

= Kapal angkasa yang paling laju bergerak pada kelajuan 20 km sesaat.

Berapakah laju sebuah roket yang perlu bergerak untuk berlepas daripada daya tarikan graviti Bumi?

= Sekurang-kurangnya 11.2 km sesaat

13 April 2017

Fungsi Peparu yang Lain

Cikgu Sains Mesti BACA

Sila klik FUNGSI PEPARU untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi peparu.

Ini menambah pengetahuan dan skema jawapan sains tentang peparu.

09 April 2017

Permainan Teka Sains

Salah satu kaedah pengajaran atau sekarang kita sebut pdpc adalah melalui permainan. Waktu muda2 dulu sempat juga buat beberapa game untuk pelajar. Guna powerpoint ja..berminat? Sila klik Permainan Teka Sains

Pengenalan Daya


03 April 2017

Untuk Genius Saja


Padamkan Api Guna Gelombang Bunyi


Bahan PPSMI

Masih ingat PPSMI? Tak sempat?

Ok. Bawah ni bg yg tak tahu adalah link yg menyediakan bhn-bhn PPSMI dulu. Masih relevan. Sayang tak guna. Guna bila perlu...

http://spp.moe.edu.my/

Hayati Ayat-Ayat Ini-Fikirkan!

(وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ * وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ * لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ)

Maksudnya:

"dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya."

[Surat Ya-Seen 38 - 40]

Cuba fikir dan renungkan ayat ini. Kaitkan dengan topik alam semesta yang dipelajari. Ni soalan KBAT tau.

Banyak lagi rahsia Ilahi yang belum diterokai. Hanya manusia berakal waras akan memahami.

Selamat menerokai dan menyelami DUA 'ayat' (ayat Quran & tanda-tanda kuasa Ilahi) yg ada ini.

Buku Pedagogi PA21

Klik Buku Pedagogi PA21

02 April 2017

Senarai Eksperimen T1 KSSM

Mungkin ada cikgu tak perasan benda ni kan. Tu saja nak tulis. Layan...

Bahan Apa Nak Guna

Modul HEBAT, eksperimen, projek dan lain aktiviti. Mana nak guna cikgu?

Tujuan kita ajar nak bg faham content. Jadi, selagi bahan itu membantu kita sampaikan content dgn baik, guna saja cikgu. Sepatutnya segala aktiviti itu membantu.

Pilihlah bhn yg sesuai dgn suasana dan keadaan tempat kita ajar. Lain guru lain cara. Lain pelajar lain suasana.

Enjoy cikgu. Sains itu seronok. Selamat mengajar cikgu...

01 April 2017

'Content' Penting Cikgu!

Alhamdulillah. Cikgu-cikgu sekarang nampak semakin segar dengan pelbagai cara dalam pengajaran. Kelas pula makin ceria.

Ada 'traffic light', '1 stay other stray', 'hot seat' dan macam-macam lagi...

Kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran bagus apabila cikgu-cikgu menguasai 'content' dengan tepat.

Banyak contoh dan kadang saya sendiri pun tersilap dalam penyampaian kerana asyik dan semangat dengan BBM, lupa teliti fakta yang disampaikan. Ilmu mesti 'up to date'. Kalau tak, nampak sangat kita tak relevan dalam dunia penidikan.

'Up to date' kena banyak baca cikgu...

DSKP jadikan panduan tapi cikgu kena kembangkan. Tulisan ini hanya mengingatkan...

'dalam kesibukan menyediakan pelbagai teknik pengajaran, jangan lupa isi yg ingin disampaikan'.

"Alaa..dah 10 tahun mengajar, tak kan masih tak kuasai isi?"...kata mereka...

Ya...cikgu kan manusia. Ada batasnya. Ilmu pula semakin luas perbincangannya.

Apa pun, tahniah cikgu-cikgu di luar sana. Bukan senang jadi cikgu. Oleh kerana dah jadi cikgu, kita layan saja...

Oklah..silakan ambil bahan-bahan yang ada. Ada lagi belum dimasukkan. Sabar lah ya...

Wassalam..

31 Mac 2017

ISU BERKAITAN KESIHATAN

Kali ni Cikgu Lan ingin berkongsi berkaitan isu-isu kesihatan. 

Berikut adalah himpunan artikel dari sumber-sumber yang berautoriti. 

Selamat membaca dan jagalah kesihatan kita semua...

 H5N1

 HFMD

30 Mac 2017

Template RPH

Assalamu'alaikum...

Lama tak bersua...kali ni nak kongsi template RPH T1. Ringkas ja...Boleh edit ikut suka hati...klik link di bawah:

Template RPH T1 2017

Kalau bagus, alhamdulillah..

Kalau tak bagus, biarkan saja...

* Tp cikgu-cikgu kena isi bahagian data ya macam sebelum ni...

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...