22 Mei 2017

SJK (8)

Berikan contoh untuk menunjukkan bagaimana prinsip kadar tindak balas mempengaruhi kehidupan harian kita.

Jawapan:

. Apabila kita menyimpan makanan dalam peti sejuk, kita sebenarnya menurunkan suhu makanan seberapa rendah yang mungkin. Dalam keadaan ini, pereputan makanan menjadi perlahan kerana suhu yang rendah dan makanan kekal segar untuk jangka yang panjang.

. Apabila kita masak makanan dalam periuk tekanan, makanan menjadi masak dengan cepat disebabkan oleh tekanan yang tinggi. Hal ini kerana, tekanan tinggi mempercepat kadar tindak balas.

. Mangkin digunakan dalam pembuatan ammonia (besi), asid nitrik (platinum) dan asid sulfurik (vanadium(V) oksida) dalam industri untuk mempercepat tindak balas kimia.

18 Mei 2017

SJK (7)

Bincangkan sifat sifat mangkin.

Jawapan:

- Mangkin tidak dapat mengubah kuantiti hasil tindak balas yang dibentuk dalam suatu tindak balas. Mangkin hanya mempercepat kadar tindak balas.
- Mangkin boleh mengubah kadar tindak balas tanpa sendiri mengalami perubahan kimia secara kekal.
 - Tindak balas yang berbeza memerlukan mangkin yang berbeza. Setiap mangkin adalah khusus terhadap tindak balas tertentu.
 - Kuantiti mangkin adalah sama sebelum dan selepas tindak balas. Mangkin tidak akan habis digunakan dalam suatu tindak balas.
 - Hanya kuantiti mangkin yang kecil diperlukan untuk memangkinkan suatu tindak balas.
 - Mangkin menjadi kurang berkesan apabila terdapat bendasing.

SJK (6)

Apakah mangkin?

Jawapan:

Suatu bahan yang mengubah kadar tindak balas tanpa mengalami perubahan kimia secara kekal sendiri dan boleh disingkirkan dari campuran tindak balas.

Mangkin tidak mempengaruhi kuantiti atau jenis hasil tindak balas yang dibentuk. 

Sebagai contoh, penguraian hidrogen peroksida, H2O2 untuk membentuk air dan gas oksigen lebih cepat dalam kehadiran mangan(IV) oksida, MnO2, sebagai mangkin.

SJK (5)

Bagaimanakah tekanan mempengaruhi kadar tindak balas?

Jawapan:

Perubahan tekanan hanya mempengaruhi tindak balas yang melibatkan gas.

Dalam keadaan ini, gas pada tekanan yang lebih tinggi akan menghasilkan tindak balas yang lebih tinggi.

Hal ini kerana zarah-zarah yang bertindak balas dimampat dalam isi padu yang lebih kecil menyebabkan perlanggaran yang lebih kerap dan berkesan antara bahan tindak balas.

Kadar tindak balas menjadi lebih tinggi.

SJK (4)

Bagaimanakah suhu mempengaruhi kadar tindak balas?

Jawapan:

Pada suhu yang tinggi, zarah-zarah bahan tindak balas mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi, menyebabkan pergerakan zarahzarah pada kelajuan yang lebih tinggi, seterusnya menghasilkan perlanggaran berkesan yang lebih kerap.

Maka suhu berkadar secara langsung dengan kadar tindak balas. Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar tindak balas.

Sebagai contoh, kalsium karbonat, CaCO3 bertindak balas lebih cepat dengan asid sulfurik air jika campuran tindak balas dipanaskan. Sulfur, S termendak dengan lebih cepat jika haba dibekalkan semasa tindak balas antara larutan natrium tiosulfatWI), Na2S2O3 dengan asid sulfurik. H2SO4.

SJK (3)

Bagaimanakah kepekatan bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?

Jawapan: Kadar tindak balas berhubung kait secara langsung dengan kepekatan bahan tindak balas.

Semakin tinggi kepekatan bahan tindak balas, semakin cepat kadar tindak balas.

Sebagai contoh, sulfur, S termendak dengan cepat apabila larutan natrium tiosulfat(V1), Na2S2O3, yang lebih pekat bertindak balas dengan asid sulfurik, H2SO4.

Semakin besar bilangan molekul, semakin besar bilangan perlanggaran seunit masa, maka semakin cepat tindak balas.

Apabila bahan tindak balas habis digunakan, kepekatannya menurun dan kadar tindak balas menurun. Ini juga menerangkan pemerhatian yang umum bahawa kadar tindak balas berkurang dengan masa dan akhirnya mendatar menjadi sifar apabila bahan tindak balas yang terhad digunakan dengan sepenuhnya.

SJK (2)

1. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas?
Jawapan: Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:
- Saiz atau luas permukaan pepejal bahan tindak balas .
- Kepekatan bahan tindak balas .
- Suhu tindak balas .
- Tekanan
- Mangkin

2. Terangkan bagaimana saiz bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas.

Jawapan:

Saiz zarah bahan tindak balas berkadar songsang dengan kadar tindak balas. Semakin kecil saiz zarah, semakin cepat kadar tindak balas kerana luas permukaan yang lebih besar hadir. Hal ini menyebabkan perlanggaran berkesan antara zarah-zarah yang lebih kerap.

Sebagai contoh, kalsium karbonat, CaCO3 dalam bentuk serbuk bertindak balas dengan lebih cepat dengan asid hidroklorik, HCl. Jumlah luas permukaan CaCO3 dalam bentuk serbuk lebih besar dan lebih besar luas permukaan yang terdedah untuk perlanggaran berlaku antara zarah zarah bahan tindak balas.

Soal Jawab Kimia (SJK 1)

Kadar Tindak Balas

1. Berikan definisi kadar tindak balas. Jawapan: Kadar tindak balas didefinisikan sebagai kuantiti positif yang menerangkan bagaimana kepekatan suatu bahan atau hasil tindak balas berubah dengan masa.

2. Apakah tindak balas cepat?
Jawapan: Suatu tindak balas cepat ialah tindak balas di mana bahan-bahan tindak balas bertindak balas antara satu sama lain dengan pantas untuk membentuk suatu hasil tindak balas.

3. Berikan beberapa contoh tindak balas cepat.
Jawapan:
- Pembakaran bahan api untuk menghasilkan karbon dioksida dan wap air.
- Pemendakan sebatian ion.
- Tindak balas antara logam reaktif dengan air.

4. Apakah tindak balas perlahan? Jawapan: Suatu tindak balas di mana kadar tindak balas adalah lebih perlahan dan masa yang diambil untuk tindak balas selesai adalah lebih lama.

5. Berikan beberapa contoh tindak balas perlahan.
Jawapan:
- Fotosintesis karbon dioksida bertindak balas dengan air dalam kehadiran klorofil dan cahaya matahari untuk membentuk glukosa dan gas oksigen.
- Kekaratan besi berlaku dengan perlahan dalam kehadiran oksigen dan air.
- Penapaian yis ditambah kepada larutan glukosa pada suhu bilik untuk menghasilkan etanol dan karbon dioksida.

6. Nyatakan perubahan yang dapat diperhatikan pada bahan atau hasil tindak balas untuk menentukan kadar tindak balas.
Jawapan:
- Penambahan isi padu gas yang dibebaskan.
- Penambahan mendakan yang terbentuk.
- Perubahan warna, pH, suhu atau kekonduksian elektrik. Pengurangan jisim bahan tindak balas.
- Penambahan jisim hasil tindak balas.
- Penambahan atau pengurangan jisim campuran tindak balas.

16 Mei 2017

Selamat Hari Guru

Assalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Alhamdulillah.

Kita masih diberi kesempatan bertemu sekali lagi dengan hari yang sangat bermakna buat kita sebagai pendidik iaitu HARI GURU.

Tahniah buat semua yang bergelar GURU. Jadilah GURU yang HEBAT dalam bidang masing-masing.

Moga semua GURU beroleh pahala yang berpanjangan untuk bekal di AKHIRAT kelak.

SELAMAT HARI GURU!

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...