G: Kita sambung lagi..kata tugas seterusnya. NYATAKAN PEMERHATIAN. Bila kamu tengok perkataan ini, kamu perlu tulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal. Contoh soalan: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.
Maka, jawapan kamu yang bestnya, pembuakan/ gelembung gas. Bukannya, gas hidrogen terbebas. Pasal kamu tak nampak pun gas tu terbebas..Sama juga, kamu perlu menulis perubahan warna asal dan akhir. Contoh soalan: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat. Maka, jawablah..warna biru larutan menjadi tidak berwarna/ semakin pudar. Bukan dijawab, larutan menjadi tidak berwarna..Faham?
P: Apa bezanya cikgu?
G: Cuba tengok betul-betul ya. Warna biru (warna asal) larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar (warna akhir). Berbeza apabila dikatakan, larutan menjadi tidak berwarna (terus kepada warna akhir). Perlu saya tegaskan di sini, setiap tahun, ada sahaja perubahan dari segi teknik menjawab kimia. So, kalau ada perubahan saya akan maklumkan kepada kamu nanti ya..InsyaAllah..jom ready solat maghrib..Tak perlu panjang sangat..Yang penting, tengok soalan, dan jawab. Ada soalan, tanyalah..Kimia itu mudah dapat A+.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan