18 Januari 2022

BERANI BERDEPAN DENGAN TOPIK MOL

Formula dan Persamaan Kimia

📖 Konsep mol
Apabila pelajar melihat definisi mol, pelajar biasanya tidak akan faham dengan baik. Cuba lihat glosari. 

Mol ialah suatu unit asas S.I. bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 10²³ zarah. Faham? 

📌Soalan
Kirakan bilangan mol dalam 4.02 x 10²³ atom natrium.

💡Tips
Pelajar kena faham konsep mol dengan baik. Bukan semata-mata menghafal definisi. Mari kita buat analogi. Penternak ayam mengira bilangan telur dalam dozen. Ahli kimia mengira bilangan bahan dalam mol. Prinsipnya sama. Dozen dan mol melibatkan bilangan yang banyak.

1 dozen telur = 12 telur
1 mol = 6.02 x 10²³ zarah

Kita tukar soalan tadi jadi seperti berikut:
Kirakan berapa dozen jika ada 36 telur. 
1 dozen = 12 telur
x dozen = 36 telur
x = 36 ÷ 12
= 3#

Baik. Cuba guna prinsip yang sama. Cuma kali ni guna mol.
1 mol = 6.02 x 10²³
x mol = 4.02 x 10²³
x = 4.02 x 10²³ ÷ 6.02 x 10²³
= 0.67 mol#

📚 Tugasan
Cari soalan-soalan berkaitan mol dan jawab. Ingat! Mol hanyalah bilangan yang sangat besar. Jangan takut dengan mol. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...