Ini kisah benar😁. Sebelum berpindah dari sekolah, terfikir nak tinggalkan 'apa' sebagai kenangan selain meninggalkan anak didik yang dicintai. Akhirnya saya memilih MAKMAL KIMIA. Ikuti kisahnya melalui gambar. Saya tak cakap ini yang terbaik. Sekurang-kurangnya inilah yang terbaik buat diri dan anak murid.
Saya fikir dan merasakan, ini adalah makmal kimia yang ideal. Maklumlah, makmal kimia kan bahaya. Tak perlu cantik sangat. Biar gelap baru nampak seram dan adventure. Setelah perbincangan dengan rakan-rakan pembantu makmal yang rajin dan dedikasi bersama kakak-kakak pembersihan sekolah yang baik hati, saya kira-kira bajet sendiri, akhirnya saya putuskan untuk TRANSFORM dengan bantuan mereka semua. Inilah hasilnya sebelum dan selepas. Amalkan 5S.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan