Menarik kisah ni...
Dipetik menerusi akhbar harian Daily Mail yang diterbitkan di United Kingdom bertarikh 10 April 2008. Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.
Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.
Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu.
Pertemuan itu membawa maksud tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-dua bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.
Suatu perkara ganjil telah berlaku pada diri Mr. Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Mr. Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu diikuti oleh suami barunya itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.
Akhirnya beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang dilakukan oleh penderma jantungnya itu. Lalu matilah Mr. Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu...
# Bagi melengkapi kes....layan lagi...
Kes 2 - Seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya.
Secara tiba-tiba pemudi itu menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh penerima jantung itu. Apabila ibu pemuda tersebut mendengar lagu yang dimainkan oleh pemudia itu, secara tiba-tiba dia menangis kerana sedih dan sayu apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.
Kes 3 - Dalam Washington Post bertarikh 11 Ogos 2007, seorang yang bernama Peter Houghton yang menerima jantung tiruan yang digerakkan dengan bateri menyatakan kepada wartawan akhbar tersebut, bahawa selepas menerima organ tiruan tersebut, beliau telah hilang perasaan sama sekali. "My feelings had changed, I am not able to know what I hate and what I love, even I don't have feelings toward any of my grandchild".
Pengajaran: Syukurilah nikmat yang masih ada. Gunakan untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.
Sumber: Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta karya Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan