Ahli sihir digambarkan dengan kuali dan rempah ratusnya untuk menghasilkan pelbagai bahan lain dalam sihirnya. Maka, ahli sihir itu dikagumi kerana berjaya memukau mata manusia dengan bahan-bahannya. Baiklah, di zaman moden ini, sepatutnya kita juga kagum kerana dengan percampuran bahan-bahan tertentu, ahli kimia telah menghasilkan pelbagai bentuk bahan yang memudahkan urusan kita sehari-hari. Tak percaya? Tapi ingat, ini bukan sihir.
Baiklah. Pernah dengar asid sulfurik? Asid sulfurik boleh digunakan dalam pembuatan baja seperti ammonium sulfat. Boleh juga buat sabun dan detergen. Selain itu, asid sulfurik juga digunakan dalam pembuatan cat dan racun perosak (insektisid). Macam mana asid sulfurik ni dibuat? Asid sulfurik dibuat dalam industri melalui proses sentuh. Pembuatannya melibatkan tiga peringkat.
Peringkat pertama, gas sulfur dioksida dihasilkan dengan membakar sulfur dalam udara. Kemudian, peringkat kedua, campuran gas sulfur dioksida dan udara dialirkan ke atas vanadium(V) oksida yang bertindak sebagai mangkin pada suhu 450-500°C dan di bawah tekanan satu atmosfera. Ini nantinya akan menghasilkan gas sulfur trioksida. Peringkat ketiga, gas sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum. Selepas itu, air ditambah kepada oleum untuk mencairkannya bagi menghasilkan asid sulfurik.
Nah...apa macam? Sekali lagi,ini bukan sihir ya. Sekarang saya nak cerita sikit pasal ammonia. Ammonia ni boleh digunakan untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik pula digunakan dalam pembuatan bahan letupan dan baja nitrat. Ammonia sangat larut dalam air, kurang tumpat daripada udara, berbau sengit dan gas tidak berwarna. Ammonia dihasilkan secara besar-besaran di kilang melalui proses Haber. Dalam proses Haber, gas hidrogen dan nitrogen dicampurkan dalam nisbah isipadu atau mol 1:3. Gas hidrogen tu diperoleh daripada gas asli metana, sejenis gas semula jadi manakala gas nitrogen tu pula daripada penyulingan berperingkat yang dilakukan ke atas udara dalam bentuk cecair. Campuran gas ini kemudian dialirkan ke atas serbuk ferum (mangkin) pada suhu 450-550°C dan dimampatkan di bawah tekanan antara 200-500 atmosfera. Gas ammonia yang diperoleh disejukkan (suhu -50°C) sehingga menjadi cecair ammonia.
Baiklah, setakat sampai di sini dulu. Nanti, saya cerita pasal benda lain pula. Apa-apa pun, ahli kimia bukan ahli sihir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Memerihalkan inovasi teknologi
Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...
-
PENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYAPENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYA Oleh: Azlan Bin Budun 1.0 ...
-
5.5 Asid dan Alkali Sifat-sifat asid ü Asid mempunyai rasa masam. ü Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah. ü Asid mempunyai n...
-
Apa khabar semua? Maaf, lama sudah cikgu tak menaip dalam blog ni. Oh ya, selamat berpuasa semua yang muslim. Moga amal ibadah kita dalam bu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan