01 Jun 2010

KATA TUGAS (4)

Assalamu'alaikum,

Selamat bercuti buat pelajar-pelajarku. Moga cuti ni, banyak perkara berfaedah yang kita dapat lakukan. Sambung kembali kata tugas yang seterusnya, UJIAN GAS.  Kalau soalan macam ni, kamu hendaklah menyatakan kaedah dan pemerhatian. Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir. Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil. Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala (takda pemerhatian). Seterusnya, HURAIKAN. Kamu hendaklah menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan. Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida. Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan. Lagi, BINCANGKAN. Kamu hendaklah memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal. Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh. Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion. Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas. Akhir sekali buat hari ni, RAMALKAN; iaitu membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta. Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar. Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...