TIPS SKOR A+
KIMIA SPM
Format Subjek Kimia
Kimia merupakan salah satu subjek yang biasanya di ambil oleh
pelajar-pelajar aliran sains tulen. Di katakan ‘biasanya’ kerana pelajar aliran
sastera pun boleh mengambil mata pelajaran ini tetapi sehingga tulisan ini
dibuat, saya belum pernah berjumpa dengan pelajar aliran sastera mengambil
subjek kimia. Berikut merupakan topik-topik yang dipelajari semasa di tingkatan
4 dan 5. Terdapat 14 topik, sembilan topik tingkatan 4 dan lima topik tingkatan
5.
Tingkatan 4
- Pengenalan kepada Kimia
- Struktur Atom
- Formula dan Persamaan Kimia
- Jadual Berkala Unsur
- Ikatan Kimia
- Elektrokimia
- Asid dan Bes
- Garam
- Bahan Buatan dalam Industri
Tingkatan 5
- Kadar Tindak Balas
- Sebatian Karbon
- Pengoksidaan dan Penurunan
- Termokimia
- Bahan Kimia untuk Pengguna
Baik, sekarang saya ingin membawa pelajar-pelajar semua untuk berkenalan
dengan format peperiksaan bagi subjek kimia dengan lebih terperinci lagi. Format
ini mungkin akan berubah bermula tahun 2015 terutamanya penilaian kertas 3. FORMAT BAHARU (2021). Baca juga JUSTIFIKASI FORMAT
Format Instrumen
Bil
|
Perkara
|
Kertas 1 (4541/1)
|
Kertas 2 (4541/2)
|
Kertas 3 (4541/3)
|
1
|
Jenis
Instrumen
|
Ujian
Objektif
|
Ujian
Subjektif
|
Ujian
Subjektif
|
2
|
Jenis
Item
|
Item
objektif:
Pilih Jawapan Aneka pilihan Aneka Gabungan. Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D |
Item
subjektif:
Bhg A: Item Berstruktur Bhg B: Item respons Terhad Bhg C: Item respons terbuka. |
Item
subjektif:
Item Berstruktur Item Respons Terbuka. |
3
|
Bilangan
Soalan
|
50
(Jawab semua)
|
Bahagian
A:
6 item (jawab semua) Bahagian B : 2 item (Pilih satu) Bahagian C : 2 item (Pilih satu) |
Item
Berstruktur:
2 item (Jawab semua) Item Respons Terbuka 1 item (wajib) |
4
|
Jumlah
Markah
|
50
|
100
|
50
|
5
|
Cara
memberi respons
|
Ditanda
pada borang OMR
|
Ditulis
pada ruang dalam kertas soalan
|
Ditulis
pada ruang dalam kertas soalan
|
6
|
Tempoh
Ujian
|
1 jam
15 minit
|
2 jam
30 minit
|
1 jam
30 minit
|
7
|
Wajaran
Konstruk
|
Pengetahuan-25
Kefahaman-15 Aplikasi-10 |
Pengetahuan
14
Kefahaman 21 Aplikasi 29 Analisis 21 Sintesis 15 |
Kemahiran
Proses Sains:
16 aspek dengan 3 skor maksimum |
8
|
Aras
Kesukaran
|
R:S:T
: 5:3:2
(25 item mudah:15 item pertengahan; 10 item sukar) |
R:S:T
: 5:3:2
(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar) |
-
|
9
|
Alat
Tambahan
|
Kalkulator
saintifik
|
Kalkulator
saintifik
|
Kalkulator
saintifik
|
Analisis Soalan Tahun-Tahun
Lepas
Penting sangatkah nak analisis kertas soalan tahun-tahun lepas? Bolehkah
analisis ini dapat membantu dalam peperiksaan?
Nak tahu jawabnya? PENTING! Melalui analisis perkara-perkara berikut dapat
diketahui:
- Jenis-jenis soalan yang sering keluar atau disoal
- Gaya penyoalan atau cara-cara penyoalan
- Topik-topik yang sering di uji
- Kata kunci atau istilah penting yang sering digunakan dalam soalan supaya jawapan pelajar tidak terpesong.
- Peruntukan markah bagi soalan-soalan yang diberi
- Supaya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lazim dilakukan oleh calon-calon
Sekarang saya ingin membawa pelajar untuk melihat manfaat setelah kita tahu
analisis soalan tahun-tahun lepas:
- Pelajar dapat memberi lebih tumpuan dan mengulang kaji topik-topik yang sering diuji dan penting
- Pelajar dapat memperlengkapkan diri dan menyediakan minda apabila diuji dengan pelbagai bentuk soalan
- Masa ulang kaji dapat dijimatkan dan menjadi lebih efektif
- Pelajar menjadi lebih peka dan berhati-hati dan dapat mengelakkan kesilapan yang bakal dilakukan.
Saya harap, setelah melakukan analisis, pelajar dapat merancang corak
pembelajaran dan menjadikan proses ulang kaji menjadi lebih efektif dan
produktif.
Panduan Menjawab
Seterusnya, saya mengajak pelajar yang mengambil
subjek kimia untuk membaca panduan menjawab soalan peperiksaan kimia. Sehingga
kini, format soalan masih sama.
Kertas 1 (Objektif)
- Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
- Cadangan penggunaan masa. 1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
- Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
Kertas 2 (Struktur)
- Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab.
- Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
- Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.
Kertas 2 (Esei)
- Baca semua soalan dengan teliti.
- Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak.
- Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
- Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
- Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel, graf, jadual atau persamaan kimia.
- Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.
Kertas 3
- Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal. Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna. Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
- Kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis harus dikuasai.
- Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
- Buat latihan melukis graf.
- Penggunaan masa - 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
- Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan. Contoh:
- Pernyataan masalah ATAU tujuan eksperimen
- Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
- Bahan dan radas
- Prosedur
- Penjadualan data
Kata Tugas
Biasanya
soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar
harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak
soalan.
Kata Tugas
|
Penerangan / Contoh
|
Namakan
|
Berikan nama dan bukan formula.
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa. Jawapan: Stanum, Bukan: Sn |
Nyatakan
|
Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Penerangan tidak
diperlukan.
Contoh: Nyatakan satu sifat asid. Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah. |
Nyatakan
pemerhatian
|
Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik. Jawapan: Pembuakan/gelembung gas. Bukan: Gas hidrogen terbebas. Menulis perubahan warna asal dan warna akhir. Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat. Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna. |
Terangkan
|
Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu
kenyataan / fakta / prinsip.
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum. |
Apakah
yang dimaksudkan (Takrif)
|
Memberi makna yang tepat.
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon. Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. |
Berikan
ujian kimia
|
Memberi kaedah ujian dan pemerhatian.
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+. Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk. |
Ujian
gas
|
Menyatakan kaedah dan pemerhatian.
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir. Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil. Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala. |
Huraikan
|
Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan.
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida. Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan. |
Bincangkan
|
Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara
kritikal.
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh. Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas. |
Ramalkan
|
Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta.
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar. Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah. |
Bandingkan
Bezakan |
Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara.
> Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara. Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen. Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen] |
Lukiskan
gambar rajah radas
|
Melukis gambar rajah dengan lengkap
(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam) (ii) Label (iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek. (iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah. |
Lukiskan
susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk
|
(i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga
ditunjukkan.
(ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul. |
Lukiskan
graf
|
Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul.
Skala yang sesuai, Pemindahan titik betul, Bentuk dan graf licin. Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf. |
Lukiskan
gambar rajah aras tenaga
|
Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak.
2 garis ufuk dan tenaga dilabel. Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul. |
Lukiskan
susunan zarah dalam pepejal
|
Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi
tidak bertindih. (3x3 @ 4x4)
|
Lukis
arah pengaliran elektron dalam sel.
|
Melukis arah pengaliran elektron - anak panah pada atau selari dengan wayar
penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.
|
Tuliskan
persamaan kimia
|
Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis
mesti betul.
|
Hitungkan
|
Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta
unit.
|
Kesilapan Biasa Calon
Soalan Struktur
- Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
- Menyalin semula soalan
- Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
- Memberi lebih daripada satu jawapan
- Memberi unit yang salah
- Masalah ejaan pada istilah
Soalan Esei
- Tidak faham kehendak soalan
- Jawapan terlalu umum – tiada isi
- Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
- Tidak menyertakan gambar rajah sebagai pelengkap
- Tulisan sukar dibaca
- Bahasa – penyampaian tidak memuaskan & fakta tidak tersusun
Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)
- Persamaan tidak seimbang
- Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan
- Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
- Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan
- Kesilapan gambar rajah
- Kesilapan dalam penghitungan iaitu tidak menunjukkan jalan kerja
- Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan
- Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan, campurkan, gaulkan campuran dengan rata, panaskan dengan kuat
- Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti, terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung
- Keliru dengan pemerhatian. Contoh: Gas hidrogen dibebaskan. Sepatutnya pembuakan/ gelembung gas
- Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit
- Menganggap Siri Kereaktifan sama Siri Elektrokimia
- Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
- Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja. Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen. Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja
Penggunaan Istilah/Perkataan Yang Tidak Tepat
Bil
|
Tidak Tepat
|
Sepatutnya
|
1
|
Mendakan
perang
|
Enapan
perang
|
2
|
Atom
yang stabil
|
Atom
mencapai susunan elektron oktet yang stabil
|
3
|
Konfigurasi
elektron
|
Susunan
elektron
|
4
|
Larutan
jernih
|
Larutan
tanpa warna
|
5
|
Ion
iodida bertindak balas lengkap
|
Ion
iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap
|
6
|
Tindak
balas tidak berlaku(pemerhatian)
|
Tiada
perubahan
|
7
|
Mempercepatkan
kadar tindak balas
|
Kadar
tindak balas bertambah/meningkat
|
8
|
Pembakaran
dengan karbon
|
Pembakaran
dengan oksigen
|
9
|
Magnesium
lebih aktif daripada zink
|
Magnesium
lebih reaktif daripada zink
|
10
|
SEK
|
Siri
elektrokimia
|
11
|
Magnesium
lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)
|
Magnesium
lebih elektropositif daripada zink.
|
12
|
Magnesium
lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)
|
Magnesium
lebih reaktif daripada zink
|
13
|
Campurkan
ammonia
|
Campurkan
larutan ammonia
|
14
|
Larutan
kalium permanganat
|
Larutan
kalium manganat(VII) berasid
|
15
|
Polistirena
dapat mencegah kehilangan haba
|
Polistirena
mengurangkan kehilangan haba
|
16
|
Takat
lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair
|
Takat
lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair
|
17
|
Bilangan
elektron terluar
|
Bilangan
elektron di petala luar/terluar
|
18
|
Fungsi
titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan
|
Fungsi
titian garam ialah membenarkan ion melaluinya
|
19
|
Natrium
menderma elektron
|
Atom
natrium menderma satu elektron
|
20
|
Struktur
elektron stabil
|
Susunan
elektron oktet
|
21
|
Elektron
sudah penuh dipetala luar
|
Terdapat
lapan elektron di petala luar
|
22
|
Tarikan
nukleus ke atas petala luar
|
Tarikan
nukleus ke atas elektron di petala luar
|
23
|
Saiz
unsur bertambah
|
Saiz
atom bertambah
|
24
|
Kadar
tindak balas cepat
|
Kadar
tindak balas tinggi/meningkat/bertambah
|
25
|
Kadar
tindak balas perlahan
|
Kadar
tindak balas rendah/berkurang
|
26
|
Saiz
bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar
|
Saiz
bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar
|
27
|
Bilangan
zarah bertambah apabila kepekatan bertambah
|
Bilangan
zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah
|
28
|
Sebatian
ion dapat mengalirkan arus elektrik
|
Sebatian
ion dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau akueus.
|
29
|
Jisim
atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat
daripada hidrogen
|
Jisim
atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat
daripada satu atom hidrogen
|
30
|
Hidrokarbon
ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
|
Hidrokarbon
ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
|
31
|
Nombor
pengoksidaan ferum berubah
|
Nombor
pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3
|
32
|
Daya
tarikan sebatian ion kuat
|
Daya
tarikan antara ion dalam sebatian kuat
|
33
|
Daya
tarikan dalam molekul lemah
|
Daya
tarikan antara molekul lemah
|
34
|
Polimer
adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer
|
Polimer
adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer
|
35
|
Warna
kalium mangganat(VII) menjadi tanpa warna
|
Warna
ungu larutan kalium manganat(VII) menjadi tanpa warna
|
36
|
Atom
natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom
mempunyai tiga petala
|
Atom
natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom
mempunyai tiga petala berisi elektron
|
37
|
Sabun
terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
|
Molekul
sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
|
38
|
Sabun
merendahkan tegangan permukaan pakaian
|
Sabun
merendahkan tegangan permukaan air
|
39
|
Zink
karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
|
Zink
oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
|
40
|
Kuprum
didiscas dikatod
|
Ion
kuprum didiscas dikatod
|
Sifat Jawapan Yang Baik
- Tepat
- Ringkas
- Lengkap
- Jelas
- Bersih
- Teratur
Peringatan Dan Pesanan
Konsep mol - Perlu dikuasai dengan baik. Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol. Antara tajuk yang melibatkan konsep mol:
- Formula dan persamaan kimia
- Asid, bes dan garam
- Termokimia
- Kadar tindakbalas
- Kuasai kemahiran memahami arahan /tugasan
soalan. Baca soalan dengan teliti. Pastikan jawapan yang diberikan
setanding dengan peruntukan markah untuk soalan yang dijawab itu.
- Bagi soalan esei, buat rangka jawapan
terlebih dahulu.
- Banyakkan latih-tubi dengan menjawab
soalan-soalan yang lebih mencabar
- Jawab juga soalan peperiksaan tahun-tahun
lepas.
- Mesti buat latihan penghitungan yang
melibatkan pelbagai hubungkait. Dalam penghitungan, unit hendaklah diberi
perhatian sewajarnya.
(a) Bahasa/ istilah
- Gunakan istilah yang tepat, tidak kabur atau
secara umum sahaja
- Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat
dalam menghuraikan eksperimen, memberi maksud atau menerangkan sesutu
konsep.
- Perlu untuk membina persamaan kimia.
- Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan
dapat dibezakan. Misalnya persamaan ion, setengah persamaan.
- Persamaan penting kerana digunakan untuk
menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.
- Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak
hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa huraian.
- Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
- Beri penekanan kepada cara membuat
pemerhatian dan kemahiran proses.
Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol, asid karboksilik dan ester.
Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat. Perkara yang perlu dihafal ialah:
- Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.
- Jadual cas ion
- Siri elektrokimia /siri kereaktifan
- Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.
- Keterlarutan garam
- Ujian kualitatif anion dan kation
- Carta aliran penukaran etanol.
Bagi kertas 3
- Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur.
- Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik
- Mengingat semua kemahiran proses sains.
- Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual
Berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh calon-calon sewaktu melukis rajah susunan radas
Kesimpulan
Kesimpulan
Pelajar
perlu mengambil tips yang diberikan dengan serius. Tips yang diberikan diharap
dapat membantu pelajar untuk skor A dalam kimia. Selamat maju jaya!
Rujukan:
1. Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu
2. Ooi Yong Seang & Darric Lim (2014). Spotlight Galaksi S Kimia SPM, Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd.
Rujukan:
1. Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu
2. Ooi Yong Seang & Darric Lim (2014). Spotlight Galaksi S Kimia SPM, Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd.