Saya kongsikan beberapa faedah daripada cerita Raatchasi. Kisah ini bagi saya adalah kisah kedua yang sangat menarik dan unik selain cerita 3 Idiots. Setiap orang ada sudut pandang berbeza. Jadi, ini sudut pandang cikgu Lan.
1. Manusia perlukan perubahan ke arah yang lebih positif. Bukan mudah untuk berubah kalau sudah berada dalam zon selesa.
2. Sekolah tempat belajar. Guru mengajar, murid belajar. Mengajarlah sehabis baik, belajarlah dengan tekun. Guru cungkil bakat, murid serlahkan bakat.
3. Ibu bapa komponen yang sangat penting bagi memastikan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Tak perlu bawa pangkat ke sekolah, cukup bawa diri sebagai ibu atau ayah kepada anak. Pangkat yang ada gunakan untuk majukan sekolah.
4. Ibarat yang sangat menarik. Cikgu Geetha Rani memberi nasihat kepada sekelompok murid perempuan yang salah seorangnya telah dilamun cinta. Cikgu Geetha Rani bercerita, di akhir kehidupan ini ada harta karun yang penuh dengan emas dan permata sedang menunggu kita. Tapi harta karun ini tak kelihatan mata. Semasa pencarian harta karun, kita terjumpa duit dan kepingan emas. Jika kamu merasakan kamu sudah jumpa harta karun tersebut, maka di situlah berakhirnya perjalanan kamu. Tapi jika kamu mengabaikannya dan teruskan pencarian, maka kamu akan menjumpai harta karun yang sebenar.
5. Bersainglah secara sihat. Jangan sekali-kali ingin kelihatan 'tinggi' dengan merendahkan orang lain. Ketika itu, anda akan jadi serendah-rendah manusia.
6. Cintailah pekerjaan anda. Walaupun payah pada mulanya, manis juga pada akhirnya. Kalau belum manis, bermaksud ia belum berakhir.
Sekian.
Kalau nak tambah, silakan... tapi saya akan tanya anda 3 soalan😅.
اجلس بنا نؤمن ساعه
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

04 September 2019
Petua Mudah Menulis
Petua Mudah Menulis
*Saya menggunakan perkataan menulis walaupun zaman menaip sebab 'menulis' nampak macam dekat di hati. Menulis yang saya maksudkan adalah tulisan yang bermanfaat bukan maksiat.
Tidak Mudah
Menulis tidak semudah yang disangka. Cubalah anda tulis berkenaan dengan 'Erti Merdeka'. Apa yang akan anda tuliskan? Atau barangkali anda ingin menulis sesuatu untuk manfaat bersama. Apa yang hendak anda tuliskan? Cuba tuliskan nama anda, latar belakang anda, nama rakan-rakan anda. Agak sedikit mudah. Kenapa? Sebab kita ada maklumat tentang perkara tersebut.
Membaca dan menulis
Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca. Jika kita kurang membaca, kurang maklumat, kuranglah kita menulis. Walau bagaimanapun, kadang-kadang dengan pengamatan yang tajam kita mampu menulis berdasarkan pengalaman harian kita. Akan tetapi, jika ditambah dan disulam dengan kata-kata yang indah maka tulisan kita akan lebih menarik. Tentu kata-kata tersebut hasil daripada pembacaan yang berterusan. Jangan copy paste sangat. Cuba kaitkan dengan pengalaman hidup sendiri. Buatlah ayat sendiri. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Ayat Pertama
Biasanya kita akan mengambil masa yang lama pada ayat pertama. Ya, ayat pertama. Kita ambil contoh awal penulisan, 'Erti Merdeka'. Adakah kita akan mulakan dengan pantun? Atau dengan cerita? Dialog? Atau dengan angka?
Rahsia Besar yang Bukan Lagi Rahsia
Tulis saja. Petua untuk menulis adalah anda hanya perlu TULIS. Kalau tidak, anda tidak akan menulis sampai ke akhir hayat. Sekarang mulakan dengan ayat pertama anda.
Kata Mereka
Hamka mengutip kata Imam Fakhruddin Al Razi yang masyhur,
"Tidaklah ada yang kita peroleh selama umur kita ini selain dari mengumpulkan kata si fulan dan kata si anu"
HAMKA menyatakan ada empat syarat untuk menjadi pengarang.
1. Memiliki imaginasi;
2. Memiliki kekuatan ingatan
3. Memiliki kekuatan hafalan
4. Memiliki kesanggupan mencurahkan tiga hal tersebut menjadi sebuah tulisan.
اجلس بنا نؤمن ساعة

Detik Akhir PT3
Detik akhir...
PT3 bermula pada 30 September 2019. Ini bermakna berbaki 27 hari lagi bermula hari ini.
Saya tanyakan kepada pelajar berapa jam sehari kamu belajar di rumah? Ada yang jawab 1 jam, 30 minit dan lain-lain.
Kata saya, mari kita buat sedikit kiraan.
Andainya ada baki 27 hari, bukan bermaksud 27 hari lagi boleh belajar/ulang kaji. Sebab belajar bukan 24 jam. Jadi, andaikan belajar 2 jam sehari.
2 jam x 27 = 52 jam belajar
24 jam = 1 hari
52 jam = 2 hari 4 jam (masa belajar yang sebenar).
Ini bermakna, murid yang belajar 2 jam sehari bermula hari ini ada baki 2 hari 4 jam sebelum PT3.
Pengorbanan
Pesanan saya, korbankan masa anda pada perkara yang sepatutnya. Kalau 2 hari 4 jam tidak memadai, maka cubalah tingkatkan kepada 3 jam atau 4 jam sehari.
Kata bijak pandai, ketika kita dapat sesuatu, pada masa yang sama kita akan hilang sesuatu. Kalau begitu, pastikan yang didapat lebih bernilai daripada yang hilang.
Anda dapat belajar 4 jam, anda akan kehilangan masa untuk media sosial. Berbaloikah?
Buatlah keputusan yang tepat!

Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYAPENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYA Oleh: Azlan Bin Budun 1.0 ...
-
5.5 Asid dan Alkali Sifat-sifat asid ü Asid mempunyai rasa masam. ü Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah. ü Asid mempunyai n...
-
Apa khabar semua? Maaf, lama sudah cikgu tak menaip dalam blog ni. Oh ya, selamat berpuasa semua yang muslim. Moga amal ibadah kita dalam bu...