Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan

19 Januari 2022

MAKMAL KU BUKAN YANG DULU-DULU

Ini kisah benar😁. Sebelum berpindah dari sekolah, terfikir nak tinggalkan 'apa' sebagai kenangan selain meninggalkan anak didik yang dicintai. Akhirnya saya memilih MAKMAL KIMIA. Ikuti kisahnya melalui gambar. Saya tak cakap ini yang terbaik. Sekurang-kurangnya inilah yang terbaik buat diri dan anak murid. 







Saya fikir dan merasakan, ini adalah makmal kimia yang ideal. Maklumlah, makmal kimia kan bahaya. Tak perlu cantik sangat. Biar gelap baru nampak seram dan adventure. Setelah perbincangan dengan rakan-rakan pembantu makmal yang rajin dan dedikasi bersama kakak-kakak pembersihan sekolah yang baik hati, saya kira-kira bajet sendiri, akhirnya saya putuskan untuk TRANSFORM dengan bantuan mereka semua. Inilah hasilnya sebelum dan selepas. Amalkan 5S.















AKHIRNYA....ALHAMDULILLAH.


SEKIAN...😎

Tokoh yang pernah GAGAL (Belum Berjaya)

Motivasi Kepada Pelajar


Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.

Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

NOTA INTERAKTIF SAINS TINGKATAN 1

NOTA INTERAKTIF SAINS TINGKATAN 1