16 Mei 2010

Kata Tugas (3)

Assalamu'alaikum dan selamat pagi,

G: Pelajar semua, kita sambung lagi topik yang panjang ni. Kata tugas seterusnya ialah TERANGKAN. Kamu perlu menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan/fakta/prinsip. Contoh soalan: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen.

Maka, jawablah: Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor. Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum. Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum. Cikgu rasa part ni tiada masalah. Apa yang penting penerangan kamu tu ada istilah yang betul dan tepat untuk menjelaskan sesuatu perkara. Kata tugas yang selanjutnya APAKAH YANG DIMAKSUDKAN (TAKRIF). Kalau soalan macam ni, kamu kena memberi makna yang tepat. Caranya, hafal ja...Takkanlah tak boleh. Kalau hafal cerita naruto,boleh pula..Contoh soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon? Maka, jawapannya ialah: sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. Salah jawapan kamu jika kamu jawab begini: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. Salahnya sebab takda perkataan sahaja ja. See, hati-hati dengan soalan TAKRIF ya. Lagi...BERIKAN UJIAN KIMIA. Kamu hendaklah memberi kaedah ujian dan pemerhatian. Contoh soalan: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+. Jawapan kamu sepatutnya: Campurkan larutan natrium hidroksida (kaedah ujian). Mendakan perang terbentuk (pemerhatian). Oklah ya, nanti sambung lagi..Sampaikan kepada mereka yang tak sempat baca blog ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...