15 Mei 2010

Kata Tugas

G: Ok, biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.

P: Apa contohnya cikgu?

G: Namakan. Apabila diminta nama jangan bagi formula. Siapa nama kamu? Takkan mau bagi 'SK'. Kena bagi tahu Siti Khadijah. Contoh soalan, namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa? Jawapannya ialah Stanum bukan Sn. Faham? Seterusnya..nyatakan. Kalau ada kata tugas macam ni, tulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja. Tak perlu terang panjang-panjang ya. Contoh soalan, nyatakan satu sifat acid? Jawab ja menukarkan kertas litmus biru kepada merah..Tak perlulah action sangat nak bagi panjang-panjang. Contoh jawapan yang membuang masa-selain menukarkan kertas litmus biru kepada merah, acid juga boleh digunakan sebagai pelindung diri. Kalau ada suami yang curang, bolehlah simbahkan acid ke mukanya. Jadi taklah dia mengorat lagi. Lagipun, acid ni, bagus tau. bla.,bla..

P: Lagi cikgu!

G: Tak lama lagi gotong-royong, kita akan sambung lagi nanti ya. InsyaAllah..cukuplah dua kata tugas ni dulu. Cari soalan bermula dengan NAMAKAN dan NYATAKAN. Biasakan diri jawab soalan macam ni. TQ class..bye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...