Selepas lebih
kurang 7 hari, aku (embrio) melekatkan diriku pada dinding uterus. Pelekatanku
pada pelapik uterus ini dipanggil penempelan. Jika sukses, maka berlakulah
kehamilan... Alhamdulillah... Namun, jika gagal dan aku harap itu tidak
berlaku, maka aku akan disingkirkan daripada badan perempuan yang tentunya
bergelar isteri kepada seorang suami...halal gitu... Penyingkiran tadi
dipanggil keguguran..
Kali ini, sekali
lagi aku bersyukur pada Tuhan sebab penempelan berjaya. Maka, plasenta
terbentuk. Plasenta menghubungkan aku kepada tubuh ibu melalui tali pusat.
Allah Yang Maha Kuasa menjadikan plasenta untuk:
- Melekatkan
aku (embrio) pada dinding uterus ibu
- Mengangkut
antibodi dan hormon kepada fetus
- Mengangkut
nutrien kepada fetus
- Menyingkirkan
bahan perkumuhan daripada fetus seperti urea dan karbon dioksida
Hebatnya kuasa Tuhan. Subhanallah...
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan