12 Ogos 2016

Kelas Kimia Maya Percuma

Channel Kelas Kimia

Objektif Channel Kimia:
1. Menyampaikan pelajaran kimia tingkatan 4 dan 5.
2. Memberi latihan berkaitan topik yang telah dipelajari.

Semua PELAJAR yang BERMINAT dengan subjek kimia dialu-alukan.
https://telegram.me/channelkimiamaya

Kelas Kimia Maya

KKM adalah lanjutan dari CKM. Jawapan dan perbincangan akan dimasukkan dalam KKM. Harap pelajar dapat memberikan respon agar kelas berjalan lancar.
https://telegram.me/kelaskimiamaya

22 Mei 2016

KELAS KIMIA MAYA (Daripada channel telegram saya telegram.me/azlanbudun)

[Kelas Kimia Maya] Kali ini saya akan berkongsi beberapa tips berguna sebagai panduan menjawab soalan peperiksaan. Harap membantu para pelajar.

Tingkatan 4

Struktur atom

📌 Soalan
Nyatakan definisi zarah-zarah yang terdapat dalam jirim.

💡Tips
Soalan definisi mesti dijawab mengikut takrifan penuh yang dinyatakan dalam kandungan sukatan pelajaran KPM.

📝 Jawapan
Atom ialah zarah paling kecil bagi sesuatu unsur yang dapat mengambil bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.

Molekul ialah suatu zarah neutral yang terdiri daripada dua atau lebih atom yang berpadu secara kimia.

Ion ialah zarah yang bercas positif atau negatif.

📚 Tugasan
Cari soalan-soalan berbentuk definisi dan jawab. Guna glosari yang terdapat di bahagian belakang buku teks anda. Selamat mencuba!

------------------------------------------

Tingkatan 4

Formula dan Persamaan Kimia

📖 Konsep mol
Apabila pelajar melihat definisi mol, pelajar biasanya tidak akan faham dengan baik. Cuba lihat glosari.

Mol ialah suatu unit asas S.I. bagi menyukat kuantiti bahan. Satu mol bahan mengandungi bilangan zarah yang sama banyak dengan bilangan ataom dalam 12 g karbon-12, iaitu 6.02 x 10²³ zarah. Faham?

📌Soalan
Kirakan bilangan mol dalam 4.02 x 10²³ atom natrium.

💡Tips
Pelajar kena faham konsep mol dengan baik. Bukan semata-mata menghafal definisi. Mari kita buat analogi. Penternak ayam mengira bilangan telur dalam dozen. Ahli kimia mengira bilangan bahan dalam mol. Prinsipnya sama. Dozen dan mol melibatkan bilangan yang banyak.

1 dozen telur = 12 telur
1 mol = 6.02 x 10²³ zarah

Kita tukar soalan tadi jadi seperti berikut:
Kirakan berapa dozen jika ada 36 telur.
1 dozen = 12 telur
x dozen = 36 telur
x = 36 ÷ 12
= 3#

Baik. Cuba guna prinsip yang sama. Cuma kali ni guna mol.
1 mol = 6.02 x 10²³
x mol = 4.02 x 10²³
x = 4.02 x 10²³ ÷ 6.02 x 10²³
= 0.67 mol#

📚 Tugasan
Cari soalan-soalan berkaitan mol dan jawab. Ingat! Mol hanyalah bilangan yang sangat besar. Jangan takut dengan mol. Selamat mencuba!

----------------------------------------------

💡Tips kuasai mol

Konsep mol perlu dikuasai dengan baik. Tak mudah dan tak mustahil. Pelajar hanya perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol.

📌 Antara tajuk yang melibatkan konsep mol:
📖 Formula dan persamaan kimia
📖 Asid, bes dan garam
📖 Termokimia
📖 Kadar tindak balas

📚 Tugasan
Sekarang, cari 4 tajuk di atas dan buat latihan berkaitan pengiraan yang ada kaitan dengan mol. Selamat mencuba!

--------------------------------------------

📌Soalan
Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.

💡Tips
Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.

📝Jawapan
Pembuakan/gelembung gas.

❌Bukan: Gas hidrogen terbebas.

📌Soalan
Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.

💡Tips
Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.

 📝Jawapan
Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar

❌Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.

📚 Tugasan
Cari soalan yang ada kata tugas nyatakan pemerhatian dan jawab. No pain no gain. Selamat mencuba!

------------------------------------------------

🎯Struktur Atom

Soalan berkaitan kegunaan isotop dalam pelbagai bidang...

💡Tips
Anda mesti menghafal setiap bidang 2 contoh isotop dan kegunaannya.

Soalan ini lazim dalam struktur dan esei.

🎯Formula dan persamaan kimia

Sebatian ion terbentuk daripada kation (ion positif) dan anion (ion negatif).

Ion positif = CATion... org suka kucing.

Ion negatif = Anion hampir sama bunyinya dgn Onion...ramai tak suka bawang.

💡Tips
Kesemua ion mesti dihafal. Jika tak, anda tidak akan dapat menulis formula sebatian, persamaan setengah, persamaan ion, persamaan kimia dan persamaan termokimia. Akibatnya, anda juga tidak akan dapat menyelesaikan soalan berbentuk pengiraan. Apa macam? Berani tak hafal?

📚Tugasan
Belajar belajar belajar.

------------------------------------------------------

📚 Tugasan
Saya ada menyatakan sebelum ini kesemua ion mesti dihafal. Berikut saya lampirkan jadual formula kation dan anion yang lazim digunakan. Muat turun, cetak, jawab, tampal dan hafal Mudahkan? Selamat mencuba!


26 Januari 2016

MEREKA YANG PERNAH GAGAL

Motivasi Kepada Pelajar

#Tokoh-tokoh yang pernah GAGAL.

Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.

Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

MEMAHAMI SEBATIAN KARBON




















25 Januari 2016

ORGAN BERFIKIR: JANTUNG vs OTAK?

Menarik kisah ni...

Dipetik menerusi akhbar harian Daily Mail yang diterbitkan di United Kingdom bertarikh 10 April 2008. Kisah ini ialah kisah pemindahan jantung yang dijalankan di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Pesakit jantung tersebut bernama Sonny Graham. Beliau seorang yang baik hati serta hidup dalam kehidupan penuh disiplin. Beliau mudah membantu jiran dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan.

Mr. Graham, pesakit tersebut menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri. Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.

Apabila sembuh, beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih. Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu.

Pertemuan itu membawa maksud tersendiri kerana Mr. Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut. Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama. Akhirnya kedua-dua bersetuju untuk berkahwin. Mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah...

Belum habis lagi...

Sambungan...

Suatu perkara ganjil telah berlaku pada diri Mr. Graham. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isteri yang baru dikahwininya, perangai Mr. Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal itu. Kegemaran buruk bekas suaminya dulu diikuti oleh suami barunya itu. Beliau benar-benar berubah sifat daripada penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.

Akhirnya beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang dilakukan oleh penderma jantungnya itu. Lalu matilah Mr. Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu...

# Bagi melengkapi kes....layan lagi...

Kes 2 - Seorang pemuda penggubah lagu menerusi muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya.

Secara tiba-tiba pemudi itu menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu. Lebih menyayatkan hati, lagu terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh penerima jantung itu. Apabila ibu pemuda tersebut mendengar lagu yang dimainkan oleh pemudia itu, secara tiba-tiba dia menangis kerana sedih dan sayu apabila mendapati lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

Kes 3 - Dalam Washington Post bertarikh 11 Ogos 2007, seorang yang bernama Peter Houghton yang menerima jantung tiruan yang digerakkan dengan bateri menyatakan kepada wartawan akhbar tersebut, bahawa selepas menerima organ tiruan tersebut, beliau telah hilang perasaan sama sekali. "My feelings had changed,  I am not able to know what I hate and what I love, even I don't have feelings toward any of my grandchild".

Pengajaran: Syukurilah nikmat yang masih ada. Gunakan untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.

Sumber: Ulul Albab: Ajaibnya Alam Semesta karya Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail.

24 Januari 2016

LALUAN DARAH


BAGAIMANA ANAK KEMBAR TERJADI?

Salah satu soalan yang famous ditanyakan kepada saya semasa mengajar sains tingkatan 3 bab pembiakan ialah, bagaimana anak kembar boleh terjadi? Ini penjelasannya...


23 Januari 2016

FAKTA MENARIK TENTANG DARAH


Agak-agak, berapa banyak sel darah manusia ya? Sedikit saja pun dah 5 milion sel darah merah, 8 ribu sel darah putih dan 250,000 platlet. Kalau 5 botol (sebotol 1 liter) = 5 liter? 



19 Januari 2016

RENUNGAN BERSAMA 2

Renungan bersama 2

Sambung sikit lagi pasal anak/ pelajar kreatif dari sumber yg sama. Bukan apa, kita nak pandang pelajar pd semua sisi. Ibu bapa jgn risau, peluang di luar sana terbuka utk anak kita...+++++ POSITIF +++++

Utk layak dianggap kreatif, tak perlulah mencapai taraf setinggi Thomas Edison (mencipta produk bertaraf dunia). Jadi, bagaimana nak tahu kreatif kah tak?

Penulis buku Berfikir Dalam Darjah tersebut, memetik kenyataan Phillip Jackson dan Samuel Messick yg menyenaraikan 4 ciri peribadi yg dimiliki individu yg sangat kreatif:

1. Mereka tak takut pd apa yg belum diketahui atau yg bukan kebiasaan. Mereka tidak cepat menolak idea yg menyeleweng drpd kebiasaan ataupun yg bertentangan dgn idea mereka sendiri. Sifat itu membolehkan mereka menggabung idea mereka dgn idea org lain yg baru bg mereka. Kegiatan intelektual ini membolehkan mereka menghasilkan ciptaan yg unik.

2. Mereka miliki keupayaan analitikal dan intuitif serentak. Intuisi dikaitkan dgn daya imaginasi dan kreativiti tp ini shj tak cukup. Utk mencipta idea praktikal, kreativiti dan analisis sama penting. Gabungannya keduanya menghasilkan produk kreatif yg bermutu tinggi dari sudut nilai praktikalnya.

3. Mereka memiliki fikiran terbuka. Ini membolehkan mereka terima maklumat dan perkara baru tanpa prasangka. Terima dan cuba idea baru walaupun belum memahami perkara tersebut.

4. Mereka miliki sifat refleksif dan spontan serentak. Sifat refleksif hasilkan proses berfikir yg perlahan dan berhati-hati, sifat spontan hasilkan proses berfikir yg cepat dan berisiko. Kreativiti selalunya bermula dgn idea yg dtg tiba-tiba dan mendadak kemudian diikuti fikiran yg mendalam dan terperinci berkenaan idea itu.
--------------------------------------------------------------
Tanpa disedari, mungkin andalah insan kreatif. Kreatif tak mungkin hanya dpt ditonjolkan di atas kertas dgn hanya dpt A semata-mata.

Kadang terfikir juga, kalau rosak kereta, kita hantar ke bengkel. Di bengkel tu ada bekas pelajar kita yg dulunya tak faham pun pasal daya, tuas, kerja dll. Selamba saja dia tengok dan guna apa yg ada, modified sana sini... baiki kereta kita. Kadang dpt murah atau free sbb bengkel tu dia yg punya..ambik kau. Di laut, nampak nelayan relax ja mendayung sampan dgn cekap, tangkap ikan, simpan, jual dan kita tinggal beli dan makan. Rasanya dia tak perlu faham ikan tu jenis vertebrata, darah sejuk kah apakah..

Ada pula dgn selamba mengatakan pelajar yg gagal di sekolah, tiada masa depan sbb GAGAL dlm exam. Tau-tau satu hari nanti, dialah insan yg tolong kita tolak kereta ketika tiada org lain menolong. Dan mungkin waktu itu kerjanya biasa-biasa saja, jual-jual kuih tepi jalan.

Apa sebenarnya erti KEJAYAAN bg kita?

Jadikanlah PENDIDIKAN itu berterusan buat semua. Buat Saya, Anda dan Mereka.

RENUNGAN BERSAMA 1

Renungan bersama 1

Seorang guru pasti berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Biasanya pelajar ini sudah dikategorikan kepada 3 kelompok utama:
1. Kelompok pandai
2. Kelompok pertengahan pandai
3. Kelompok kurang pandai dari pertengahan pandai (maaf kalau tak sesuai, tukar aja...)

Lepas tu, dalam tiap kelompok tu adalah macam-macam pecahan nya.  Ada pandai berdisiplin, ada pandai tak beradab, ada pandai yang malas, ada tak pandai tapi rajin dll...

Dalam banyak-banyak pelajar tu, ada yg tergolong dlm pelajar yg kreatif. Apa ciri-ciri pelajar yg kreatif? Ini kisah pelajar/ anak kreatif.

Thomas Edison antara individu kreatif paling terkenal di dunia.

Salah satu ciptaan beliau ialah mentol elektrik.

Semasa kecil Edison dipanggil 'Tommy'. Beliau terkenal dgn comot nya dan kesihatan kurang baik sebab beliau selalu sakit kerana mudah diserang kuman penyakit.

Di sekolah, dia selalu salah ejaan. Pelajarannya lemah sebab bodohnya menghafal. Guru-gurunya anggap dia pelajar bodoh. Dia benci pelajaran menulis dan membaca. Malah dia benci sekolah. Guru-gurunya pun benci padanya sebab dia selalu bertanya 'soalan-soalan bodoh' dan mengganggu guru yg sedang mengajar. Dan dikatakan dia budak biadab.

Nah. Sampai di sini, ada tak terbayang pelajar/ anak anda yg perangai macam ni sebiji atau lebih atau kurang? Hehe...kita sambung baca.

Pada suatu masa, dia pernah cuba menetaskan telur-telur ayam dgn duduk di atasnya. Apabila telur-telur tu tak mahu menetas, dia suruh kawan-kawannya makan telur tu mentah-mentah.

Paling menarik, dia pernah cuba bakar rumahnya sendiri. Ditanya mengapa, dia jawab "sebab saya nak lihat apa yg akan berlaku"...

Dipukul lah dia oleh bapanya di hadapan jiran-jiran.

Ibu Edison memang benarkan dia bermain dgn pelbagai bhn kimia di bwh rmh mereka. Jiran-jiran menyatak selalu mendengar bunyi letupan dari bawah rumahnya.
----------------------------------------------------------------
Pengajarannya: Sila bg comment anda sendiri. Hehe... Kalau anak/ pelajar anda ada yg begitu, ya...relax aja, mana tahu tergolong dlm org kreatif dan genius. Lagi satu nak cakap, kemahiran berfikir ni dah lama dibahas dalam negara. Sama-samalah kita berfikir ya. Sebelum tidur ni, fikirlah sekejap. Nak fikir apa? Fikirlah apa pun...Apa pun yg anda fikir, itulah tahap fikiran anda...haha..jgn marah haa...

Sumber: Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1996). Berfikir dalam Darjah: Panduan Mengajar Kemahiran Berfikir di Sekolah. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

CADANGAN INDUKSI SAINS BAB 1 T2

Cadangan induksi Sains Bab 1 T2.

Kaedah Cerita

Tajuk: Kisah Braille

Kisah Braille sangat memberi inspirasi. Buta mata kiri ketika usianya 3 tahun sebab tercucuk alat penebuk. Usia 4 tahun, mata kanannya dijangkiti. Akhirnya buta kedua belah mata.

Belajar di The Royal Institute for Blind Youth di Paris. Bermula usia 12 TAHUN, Braille mula berusaha mencipta sistem tulisan baru iaitu sistem tulisan titik tebuk menggantikan atau menambah baik sistem tulisan waktu malam. Usia 15 TAHUN  telah  berjaya menghasilkan sistem tulisan titik tebuk dan diterima baik oleh semua rakan-rakan sekolah.

Beliau berusaha perkenalkan untuk semua golongan buta namun mendapat halangan banyak pihak. Semua golongan celik merasakan orang buta tak perlu baca buku sebab yang penting tahu arahan ringkas. Menariknya dan menyedihkan Braille, perpustakaan di sekolah nya itu hanya ada 14 buah buku saja. 14 BUAH!. Alasan kos mahal.

Setelah tamat sekolah, beliau terus jadi guru di sekolah yg sama. Beliau seorang pemain piano cemerlang walaupun  cacat penglihatannya.

22 Februari 1844, tika usia Braille 35 tahun, sistem abjad titik diperkenalkan secara rasmi untuk golongan buta dan mendapat pengiktirafan  dunia. Ketika usianya 43 tahun, Braille  meninggal dunia akibat penyakit  tibi kerana komited dengan penyelidikan tulisan abjad titik atau sekarang dikenali tulisan Braille.

Braille diiktiraf sebagai pencipta cahaya kepada golongan buta di Perancis.. Braille telah memberi impak kepada dunia tanpa cahaya. Apakah sumbangan kita wahai golongan yang celik matanya? Terima kasih Cikgu Braille.

KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

Salam semua. Ini ada sikit-sikit macam folio. Kalau berminat, ambillah ya. Sebagai nota pun boleh...Tambahlah gambar-gambar sikit dan apa-apa yang patut...











Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...