Assalamu'alaikum para pengunjung blog cikgu-lan.
Apa khabar?
Sudahkah anda membuat analisis berapa minggu, hari, jam anda akan mengajar sepanjang 2018?
Disini saya akan bagi sedikit contoh pengiraan yang cikgu-cikgu boleh buat sendiri nanti.
*Analisis bilangan hari pdpc sebelum peperiksaan akhir tahun. Katakan 1/10 ialah tarikh peperiksaan. Setelah dihitung dan ditolak dengan segala program, ujian, peperiksaan dan cuti, maka hasilnya:
Isnin 27 hari
Selasa 28 hari
Rabu 29 hari
Khamis 27 hari
Jumaat 25 hari
Jumlah 136 hari
*Contoh subjek kimia kena hari Isnin dan Khamis, jumlah hari pdpc ialah 54 hari.
Jadi, cikgu kena habiskan silibus dlm tempoh 54 hari. 54 hari x 3 = 162 jam. 162 jam/ 24 = 6.75 hari. Sebenarnya, bilangan hari pdpc utk subjek kimia tahun 2018 adalah selama 6.75 hari saja. Belum termasuk CRK, guru pengiring, kursus dll.
Dalam tempoh tersebut, cikgu kena mengajar teori dan amali. Amali ada berapa cikgu kena buat? Cukupkah 1 jam 30 minit? Adakah bacaan eksperimen diulang 3 kali? Atau adakah eksperimen yang sudah siap laporannya dan semua murid ikut saja laporan tersebut?
Maka, bersiap sedia lah sebelum masuk persekolahan 2018.
Jadi, apa yang penting nak ajar dulu ya?😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan