22 September 2018

PANDUAN PENGAPLIKASIAN PAK21


PANDUAN PENGAPLIKASIAN PAK21

Sedang memberikan pautan Padlet kepada rakan peserta ketika membentangkan Standard Asas PAK21. Pembentangan menggunakan kaedah Home Expert 
Baru-baru ini iaitu pada 18-20 September 2018, Cikgu Lan telah menghadiri satu bengkel panduan pengaplikasian PAK21 di bawah Program Transformasi Sekolah (TS25) Kohort 1 dan 2 di Kota Kinabalu Sabah.

Bengkel kali ini cuba menghuraikan secara lanjut berkenaan dengan Standard Asas PAK21 dan instrumen SKPMg2 Standard 4.1 – 4.5.

Siapa tahu standard asas PAK21?

Pandai... standard asas PAK21 ada 5 iaitu:
  • Komunikasi
  • Kolaboratif
  • Pemikiran Kritis
  • Kreativiti
  • Nilai Murni dan Etika


Cikgu-cikgu boleh membaca dengan lebih lanjut di dalam Kit Penerangan PAK21 slaid 7-26.

Dalam bengkel ini, setiap elemen di dalam standard asas diberikan huraian lebih lanjut untuk guru aplikasikan di dalam bilik darjah. Contoh:

Kolaboratif
Definisi: Berlaku kerjasama dan muafakat antara guru- murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid.                        

Elemen kolaboratif
  • Bekerjasama

o   Murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya.
§  Mengenal pasti dan mengambil kira kecenderungan kecerdasan pelbagai (multiple inteligences) dan potensi  murid sebagai panduan semasa menubuhkan kumpulan dan merancang aktiviti kumpulan.
§  Mewujudkan hubungan yang positif dalam kalangan murid supaya mereka selesa dan dapat bekerja dalam kumpulan.
§  Memberi tugasan yang memerlukan murid  bekerjasama dengan memastikan bilangan ahli kumpulan yang sesuai dengan keperluan tugasan.
§  Menilai dan memberikan peneguhan terhadap tugasan murid berasaskan kerjasama kumpulan. 
  • Penglibatan seimbang

o  Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan  keupayaan murid
§  Memastikan agihan tugasan kumpulan bersesuaian dengan potensi, minat dan keupayaan murid.
§  Membimbing murid menyediakan peraturan  aktiviti kumpulan. Contoh:
·         Mengikut giliran
·         Menggunakan bahasa yang berhemah
·         Mendengar dengan teliti
·         Menjalin kerjasama
·         Memberi penghargaan
§  Membuat penggiliran peranan ahli kumpulan.   Contoh:
·         Ketua kumpulan
·         Penjaga masa
·         Pembentang
·         Pencatat
  • Tanggungjawab Bersama

o  Murid bertanggung jawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan  dan menghargai  sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain
§ Menekankan peranan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan bagi memastikan keberkesanan kumpulan.
§  Menilai kerja kumpulan berdasarkan sumbangan dan pelibatan ahli kumpulan.
§ Meminta murid melaksanakan pentaksiran rakan sebaya dengan mengenal pasti sumbangan positif oleh rakan dalam kumpulan.
§ Membudayakan peneguhan dan ganjaran untuk menggalakkan pelibatan murid.
§  Menerapkan amalan refleksi bagi setiap tugasan yang dilakukan oleh murid.
  • Bertolak ansur

o   Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain. Bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama
§  Membimbing murid untuk mendengar dan tidak mencelah semasa rakan memberi pendapat.
§  Memberi maklum balas terhadap idea murid lain secara  rasional.
§  Menggalakkan murid menghargai pandangan orang lain.
§  Mengawal situasi yang membolehkan murid memberi hujah dan justifikasi dengan berhemah terhadap rakan yang berbeza pendapat.
§  Mendorong murid  bersepakat bagi membuat keputusan secara kolektif.

Untuk huraian lanjut berkenaan standard asas PAK21, klik HURAIAN LANJUT STANDARD ASASPAK21.

Huraian Instrumen SKPMg2 Standard 4.1 - 4.5

Seperti yang telah diketahui, instrumen SKPMg2 Standard 4 berkaitan dengan pembelajaran dan pemudahcaraan.

Pada bahagian rubrik penskoran; tahap tindakan, dihuraikan setiap elemen untuk panduan guru-guru sama ada pencerap dan dicerap (semua guru dicerap).


Semoga dengan adanya huraian terperinci berkenaan dengan Standard Asas PAK21 dan SKPMg2 ini dapat membantu persiapan rapi para guru di luar sana. Semua ini adalah untuk kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...