Kandungan KSSM Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terdiri daripada empat tema yang dilaksanakan di Tingkatan 4 iaitu:
1. Kepentingan Kimia
2. Asas Kimia
3. Interaksi Antara Jirim
4. Kimia Industri
Manakala empat tema dilaksanakan di Tingkatan 5 iaitu:
1. Proses Kimia
2. Kimia Organik
3. Haba
4. Teknologi dalam Bidang Kimia.
Setiap tema dibahagikan kepada beberapa bidang pembelajaran seperti di Jadual berikut:
Pelaksanaan bagi KSSM Kimia adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkuatkuasa sekarang iaitu minima 96 jam setahun.
Bidang Pembelajaran bagi setiap tema diperincikan melalui Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP).
SK mempunyai satu atau lebih SP yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu.
PdP perlu dirancang secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa SP dicapai bergantung kepada kesesuaian dan kepayaan murid.
Guru perlu meneliti SK, SP dan Standard Prestasi (SPi) yang berkenaan dalam merancang aktiviti PdP.
Guru perlu merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif.
Teknologi digunakan sebagai wahana untuk melaksanakan PdP. Pelaksanaan PdP yang berasaskan aktiviti, penyiasatan dan eksperimen hendaklah dijalankan bagi mengukuhkan kefahaman murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan