13 Januari 2022

SOALAN LAZIM KERTAS KIMIA

KERTAS 1

S1. Adakah format baru kertas 1 menyebabkan peluang murid lulus lebih tinggi?

J1. Ya. Hal ini kerana nisbah kesukaran soalan masih dikekalkan. Masa menjawab soalan masih sama, maka calon mempunyai masa yang lebih lama untuk menjawab soalan.

Format baharu SPM: 1 soalan = 1.875 minit.

Format lama SPM: 1 soalan = 1.5 minit

KERTAS 2

S1. Adakah masa untuk menjawab kertas 2 mencukupi? Ini disebabkan soalan struktur bahagian A ditambah daripada 6 kepada 8 untuk mp kimia, 5 kepada 8 untuk mp biologi manakala tiada perubahan pada mp fizik.

J1. Ya. Masa mencukupi. Dapatan ujian rintis menunjukkan tempoh masa menjawab kertas 2 mencukupi.

S2. Adakah soalan wajib Kertas 2 bahagian C akan menyebabkan calon kehilangan markah yang banyak jika soalan tersebut tidak dapat dijawab dengan baik?

J2. Tidak. Pecahan soalan adalah mengikut aras kesukaran iaitu dari rendah ke tinggi berserta stimulus yang dapat membantu calon.

S3. Mengapakan soalan bahagian C diwajibkan?

J3. Untuk membezakan calon cemerlang dengan calon-calon lain.

KERTAS 3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...