01 September 2015

HARI 1 - JIRIM

Assalamu’alaikum...

Jirim

Baik pelajar sekalian. Kita bincang pasal jirim dulu ya. Apa benda jirim ni ya? Jirim ialah semua benda (hidup kah bukan hidupkah…) yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

Jirim terdiri daripada zarah-zarah sama ada atom, molekul atau ion. Untuk definisi ni, elok juga kalau hafal ruangan glosari belakang buku teks.

Ok. Jirim kita bahagi dua; unsur dan sebatian

Unsur boleh jadi atom atau molekul.

Sebatian boleh jadi molekul atau ion.

Ringkasnya, ini macam:
Jirim:

Unsur
a.       Atom
b.      Molekul

Sebatian
a.       Molekul
b.      Ion

Cari dan Tulis Sendiri (CTS). Maknanya kalau nampak CTS, ambil pen dan kertas, buat sendiri. Jangan baca ja...

Baik pelajar semua. Ambil pen dan kertas. Cuba cari dan tulis maksud:

-         -  Jirim
-          - Atom
-          - Molekul
-          - Ion
-          - Unsur
-          - Sebatian

Dah tuliskah? Kalau belum, tulislah dulu ya. Mentang-mentang KKM, cikgu tak nampak, tak nak tulis ya…hehe. Tulis tau lepas tu tampal mana-mana, fahamkan dan hafal.

CTS - Sekarang…cari apa yang dikatakan Teori Kinetik Jirim (TKJ).

CTS - Lepas tu cari maksud resapan.

Ish! Malaslah aku macam ni. Semua nak cari… Sabar…belajar memang begitu. Namanya pun pencarian ilmu…Cikgu bagi panduan saja…Sabar ya nak..Ambil pen dan kertas, cari ya..

Masih ingat lagikah perubahan keadaan jirim? Jirim ni boleh berubah kalau dipanaskan atau disejukkan.

Pepejal à Cecair = Peleburan

CTS - Yang ni cari sendiri:

Pepejal à Gas =
Gas à Pepejal =
Cecair à Gas =
Gas à Cecair =
Cecair à Pepejal =

Penting juga pelajar faham tentang:

rajah susunan (pepejal, cecair, gas)
susunan zarah-zarah
pergerakan zarah-zarah
daya tarikan antara zarah-zarah
tenaga kinetic zarah-zarah

CTS - Buat jadual macam ni:
Keadaan Jirim
Pepejal
Cecair
Gas
Rajah susunan



Susunan zarah-zarah



Pergerakan zarah-zarah



Daya tarikan



Tenaga kinetik



  
Latihan (L)
Satu sampel gas metana disejukkan. Yang mana benar tentang halaju dan saiz zarahnya?

Halaju zarah
Saiz zarah
A
Bertambah
Berkurang
B
Bertambah
Tidak berubah
C
Berkurang
Berkurang
D
Berkurang
Tidak berubah

Bahan yang manakah suatu unsur?
A Udara
B Air
C Karbon
D Naftalena

CTS – Pelajar banyakkan latihan topik jirim ni ya. Cari buku yang latihan ikut topik (topikal).

Ada satu lagi lagi pelajar kena beri penekanan iaitu tentang eksperimen takat lebur dan takat beku naftalena.

CTS – Lukis graf dan tahu tentang keadaan jirim serta penerangan tiap titik. Buat macam ni:
Graf pemanasan
Titik
Keadaan jirim
Penerangan
AB


BC


CD



Graf penyejukan
Titik
Keadaan jirim
Penerangan
AB


BC


CD



CTS – Apa itu takat lebur dan takat beku?

Dah buat kah? Jangan lupa buat ya...Jumpa lagi KMK hari 2. Bahan-bahan CTS dan L simpan baik-baik...Kirim salam mak ayah. Minta restu mereka.

Alhamdulillah...Ntah bila lah habis KKM ni... 


1 ulasan:

Memerihalkan inovasi teknologi

Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...