Aku sebenarnya
tidak berseorangan. Aku mempunyai berjuta saudara dan bentuk kami lebih kurang
sama semuanya. Semasa persetubuhan, kira-kira 300 hingga 500 juta aku dan
saudara-saudaraku dipancutkan ke dalam sebuah tempat yang dipanggil faraj. Namun, tidak semua kami beruntung. Hanya
beberapa ratus sahaja antara kami yang akan meneruskan perjalanan hingga sampai
ke tiub Fallopio. Tiub Fallopio ialah salur berbentuk corong yang mempunyai
silia dan dinding berotot yang mengecut untuk menghasilkan pergerakan berupa
gelombang. Di sinilah (tiub Fallopio), tempat berlakunya persenyawaan antara aku
dan ovum. Itupun jika aku yang bernasib baik. Kebanyakan antara kami
dimusnahkan oleh bendalir berasid yang dirembeskan oleh faraj. Alangkah terkejutnya
aku bila mengetahui di dalam tiub Fallopio, hanya satu antara kami yang akan
berjaya bersatu dengan ovum. Syukurlah, kali ini aku beruntung kerana terpilih
bersatu dengan ovum. Selamat tinggal saudara-saudaraku. Aku terpaksa
meninggalkan kamu semua. Bukan keinginanku. Maafkan ku jika aku bersalah.
Apabila kepala ku
menembusi ovum, ekorku akan gugur dan ditinggalkan di luar ovum. Pada masa yang
sama, membran terbentuk di sekeliling ovum untuk menghalang saudara-saudara ku
yang lain daripada memasukinya. Persenyawaan pun berlaku apabila nukleus ku
berpadu dengan nukleus ovum. Perpaduan kami berdua akhirnya menjadikan ku lebih
dewasa.
Kini, aku
bergelar zigot. Aku membahagi beberapa kali untuk membentuk sebiji bebola sel
yang dipanggil embrio selepas 6 hari pembahagian sel yang berulangan. Aku mula
digelar embrio. Aku terus bergerak di sepanjang tiub Fallopio ke arah uterus
disebabkan oleh daya tolakan silia yang terdapat di dalam tiub Fallopio.
Perjalananku mengambil masa kira-kira 7 hari untuk sampai ke uterus.
Mudah-mudahan aku (embrio) selamat sampai...
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan