Saya kongsikan beberapa faedah daripada cerita Raatchasi. Kisah ini bagi saya adalah kisah kedua yang sangat menarik dan unik selain cerita 3 Idiots. Setiap orang ada sudut pandang berbeza. Jadi, ini sudut pandang cikgu Lan.
1. Manusia perlukan perubahan ke arah yang lebih positif. Bukan mudah untuk berubah kalau sudah berada dalam zon selesa.
2. Sekolah tempat belajar. Guru mengajar, murid belajar. Mengajarlah sehabis baik, belajarlah dengan tekun. Guru cungkil bakat, murid serlahkan bakat.
3. Ibu bapa komponen yang sangat penting bagi memastikan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Tak perlu bawa pangkat ke sekolah, cukup bawa diri sebagai ibu atau ayah kepada anak. Pangkat yang ada gunakan untuk majukan sekolah.
4. Ibarat yang sangat menarik. Cikgu Geetha Rani memberi nasihat kepada sekelompok murid perempuan yang salah seorangnya telah dilamun cinta. Cikgu Geetha Rani bercerita, di akhir kehidupan ini ada harta karun yang penuh dengan emas dan permata sedang menunggu kita. Tapi harta karun ini tak kelihatan mata. Semasa pencarian harta karun, kita terjumpa duit dan kepingan emas. Jika kamu merasakan kamu sudah jumpa harta karun tersebut, maka di situlah berakhirnya perjalanan kamu. Tapi jika kamu mengabaikannya dan teruskan pencarian, maka kamu akan menjumpai harta karun yang sebenar.
5. Bersainglah secara sihat. Jangan sekali-kali ingin kelihatan 'tinggi' dengan merendahkan orang lain. Ketika itu, anda akan jadi serendah-rendah manusia.
6. Cintailah pekerjaan anda. Walaupun payah pada mulanya, manis juga pada akhirnya. Kalau belum manis, bermaksud ia belum berakhir.
Sekian.
Kalau nak tambah, silakan... tapi saya akan tanya anda 3 soalan😅.
اجلس بنا نؤمن ساعه
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Memerihalkan inovasi teknologi
Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...
-
PENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYAPENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYA Oleh: Azlan Bin Budun 1.0 ...
-
5.5 Asid dan Alkali Sifat-sifat asid ü Asid mempunyai rasa masam. ü Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah. ü Asid mempunyai n...
-
Apa khabar semua? Maaf, lama sudah cikgu tak menaip dalam blog ni. Oh ya, selamat berpuasa semua yang muslim. Moga amal ibadah kita dalam bu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan