Petua Mudah Menulis
*Saya menggunakan perkataan menulis walaupun zaman menaip sebab 'menulis' nampak macam dekat di hati. Menulis yang saya maksudkan adalah tulisan yang bermanfaat bukan maksiat.
Tidak Mudah
Menulis tidak semudah yang disangka. Cubalah anda tulis berkenaan dengan 'Erti Merdeka'. Apa yang akan anda tuliskan? Atau barangkali anda ingin menulis sesuatu untuk manfaat bersama. Apa yang hendak anda tuliskan? Cuba tuliskan nama anda, latar belakang anda, nama rakan-rakan anda. Agak sedikit mudah. Kenapa? Sebab kita ada maklumat tentang perkara tersebut.
Membaca dan menulis
Menulis tidak dapat dipisahkan daripada membaca. Jika kita kurang membaca, kurang maklumat, kuranglah kita menulis. Walau bagaimanapun, kadang-kadang dengan pengamatan yang tajam kita mampu menulis berdasarkan pengalaman harian kita. Akan tetapi, jika ditambah dan disulam dengan kata-kata yang indah maka tulisan kita akan lebih menarik. Tentu kata-kata tersebut hasil daripada pembacaan yang berterusan. Jangan copy paste sangat. Cuba kaitkan dengan pengalaman hidup sendiri. Buatlah ayat sendiri. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Ayat Pertama
Biasanya kita akan mengambil masa yang lama pada ayat pertama. Ya, ayat pertama. Kita ambil contoh awal penulisan, 'Erti Merdeka'. Adakah kita akan mulakan dengan pantun? Atau dengan cerita? Dialog? Atau dengan angka?
Rahsia Besar yang Bukan Lagi Rahsia
Tulis saja. Petua untuk menulis adalah anda hanya perlu TULIS. Kalau tidak, anda tidak akan menulis sampai ke akhir hayat. Sekarang mulakan dengan ayat pertama anda.
Kata Mereka
Hamka mengutip kata Imam Fakhruddin Al Razi yang masyhur,
"Tidaklah ada yang kita peroleh selama umur kita ini selain dari mengumpulkan kata si fulan dan kata si anu"
HAMKA menyatakan ada empat syarat untuk menjadi pengarang.
1. Memiliki imaginasi;
2. Memiliki kekuatan ingatan
3. Memiliki kekuatan hafalan
4. Memiliki kesanggupan mencurahkan tiga hal tersebut menjadi sebuah tulisan.
اجلس بنا نؤمن ساعة
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Memerihalkan inovasi teknologi
Inovasi teknologi merujuk kepada penghasilan dan penggunaan idea, pengetahuan, serta kemahiran teknologi untuk mencipta atau memperbaharui p...
-
PENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYAPENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC) PUNCA BERLAKUNYA PENIPISAN LAPISAN OZON: SEJAUH MANA KEBENARANNYA Oleh: Azlan Bin Budun 1.0 ...
-
5.5 Asid dan Alkali Sifat-sifat asid ü Asid mempunyai rasa masam. ü Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah. ü Asid mempunyai n...
-
Apa khabar semua? Maaf, lama sudah cikgu tak menaip dalam blog ni. Oh ya, selamat berpuasa semua yang muslim. Moga amal ibadah kita dalam bu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan